06 March 2014

Pertimbang rata semua tebing pasir Masjid Terapung Tg. Bungah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

TANJUNG BUNGAH - Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Hariszuan Jaharudin pagi tadi berkata, takungan air kotor di bawah Masjid Terapung Tanjong Bungah mula dibersihkan secara semula jadi dek air laut pasang yang merentasi beting pasir pertama, walaupun kerja-kerja mengeruk beting pasir kedua masih dijalankan di sini.

Menurut beliau, pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), termasuk mempertimbang syor Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng untuk meratakan semua beting pasir yang diklasifikasikan tidak membahayakan penduduk sekitar serta habitat laut, di sini.

"Kita masih menunggu laporan penuh daripada JPS walaupun IWK (Indah Water Konsortium Bhd.) menjelaskan air kumbahan yang dilepaskan di sini (ke pesisiran pantai) telahpun dirawat," ujar Hariszuan kepada wartawan, selepas melawat keadaan beting pasir pertama yang siap diratakan sebelum ini.

Ahli Majlis MPPP, Chun Kit Lee dan Roslan Abu Bakar (Pengerusi Qaryah Masjid Terapung Tanjung Bungah) turut sertai sidang media tersebut.

Tambah Hariszuan, Pejabat Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sendiri sedang mempertimbangkan cadangan memulihara semula Masjid Lama Tanjong Bungah serta kawasan sekiranya di sini, bergantung pada laporan penuh daripada JPS.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menerima aduan daripada penduduk qaryah di sini berhubung isu takungan air kotor di bawah masjid tersebut.

Guan Eng serta Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow serta beberapa jabatan kerajaan berwajib lantas turun meninjau masalah malar segar tersebut.

Hasil lawatan itu, Guan Eng mengarahkan kerja-kerja mengeruk tebing pasir pertama sepanjang 20 meter tersebut dilakukan segera, dan siap dalam masa empat hari seperti dirancang.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus