18 February 2014

Bina terusan tangani air takung Masjid Terapung - Guan Eng

KETUA Menteri (berbaju putih) dan pemimpin Kerajaan Negeri tengah hari tadi yang lain meninjau keadaan air takungan yang kotor di bawah Masjid Terapung Tanjung Bungah di sini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

TANJUNG BUNGAH - Dua terusan sepanjang 20 meter akan dimajukan dalam masa miminum empat hari bermula Khamis ini bagi menangani masalah takungan air kotor di bawah Masjid Terapung Tanjong Bungah, di sini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersama-sama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) turut diberi tanggungjawab untuk membuat kajian menyeluruh supaya masalah berbangkit tersebut segera selesai demi kepentingan umat Islam setempat.

"Apa yang lebih penting adalah kajian menyeluruh akan dibuat...adakah tebing pasir ini salah satu puncanya.

"Kita (Kerajaan Negeri) akan membina dua terusan  supaya takungan air ini boleh dibersihkan secara semula jadi, sebelum dibawa ke laut," ujar Guan Eng semasa melawat lokasi berkenaan di sini, tengah hari tadi.

Tambah Guan Eng, kos keseluruhan projek pemajuan itu akan dimaklumkan kemudian oleh pegawai berwajib dari JPS.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tembatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) serta Zairil Khir Johari (Ahli Parlimen Bukit Bendera) turut hadir pada sidang media tersebut.

Hadir sama, Jurutera Awam Daerah JPS, Md. Khuzai Hussain, Roslan Abu Bakar (Pengerusi Qaryah Masjid Terapung Tanjung Bungah) serta dua Ahli Majlis bagi MPPPP, Mohd. Hariszuan Jaharudin dan Chun Kit Lee.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng berkata, semua pihak dirayu supaya tidak menyokong pihak tertentu menganjurkan aktiviti tidak bertanggungjawab walau atas alasan agama sekalipun seperti dua insiden baru-baru ini, iaitu balingan daging kinzir di sebuah masjid dekat Machang Bubuk dan balingan bom buatan sendiri di gereja dekat Jalan Farqihar, George Town.

"Saya merayu, marilah bersama-sama kita bersatu hati monolak apa juga rancangan pihak tertentu yang mahu menggugat ketenteraman awam di negeri ini," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus