12 March 2014

Cerita Little India P.Pinang sambut Nik Aziz 1990-an dulu

(Dari kiri) 'Abg Mat Siam', Zainulfaqar Yaacob (penulis), Ustaz Isham Hashim, Elias Md. Lazim, Nasorudin Shah Mat, Zaini Abu Hassan, Khairul Ishak, Mohamad Faiz Kadin, Ahmad Kamaruddin Idris, Zolkifly Md. Lazim, 'Abg. Razak' dan 'Abg John' di perkarangan Gerai Mamak Nasi Dalca Rahim dekat Little India, Pulau Pinang, pada malam tadi.
SELEPAS menziarahi arwah kakak Mujahid, kami bergegas ke Nasi Dalca Rahim dekat Little India, George Town.

Tidak jauh dari gerai tempat kami makan, ada Restoran Dawood. Rassem adalah makanan tradisi terkenal di gerai makan tersebut.

Restoran Dawood antara restoran terkenal era 1990-an dulu, lebih terkenal dari Line Clear.

Rata-rata di sini adalah India Muslim. Mereka dikenali sebagai orang yang kuat beragama.

Maka, tidak hairan lah, mereka sangat ghairah untuk berinteraksi dengan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, selepas PAS kembali memerintah Kelantan.

Mereka nak bersua dengan Nik Aziz mungkin kerana bekas Menteri Besar Kelantan dikenali zuhud dan amanah.

Kehadiran Nik Aziz yang dibawa oleh PAS Pulau Pinang ke sini menerima sambutan luar biasa, sampai melimpah ke jalan raya sekitar di sini.

"Kenapa orang India Muslim yang pandai berniaga dan kuat agama tak minat dengan PAS," tanya wakil penganjur, Zolkifly Md. Lazim kepada Tok Guru Nik Aziz semasa itu.

"Tengok Tok Guru mazhab mereka (Imam Hanbali) kan minat berniaga kain," respons Tok Guru Nik Aziz.

Mengulas mengenai pendapat Zolkifly yang juga AJK PAS Pulau Pinang, saya berkata, tak mungkin India Muslim berminat sebab Tok Guru Nik Aziz kaya-raya.

"Kalau nak kira kaya, India Muslim di sini sampai sekarang jauh lebih kaya daripada Tok Guru Nik Aziz.

"Mungkin mereka memburu Nik Aziz semasa itu sebab ikon PAS tersebut dikenali sebagai seorang yang zuhud dan amanah

"Jarang boleh jumpa dua sifat sebegitu dalam kalangan orang yang kaya berkuasa," ujar saya kepada Zolkifly serta rakan-rakan seusrah yang lain, malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus