12 March 2014

Kakak Mujahid meninggal dunia, solat jenazah 8.00 pagi

(Dari kiri) NASORUDDIN Shah Mat, Ahmad Kamaruddin Idris, Mujahid Yusof Rawa, Zolkifly Md. Lazim, 'Abg. Razak', Mohamad Faiz Kadin dan Khairul Ishak di perkarangan rumah pusaka Pak Yusof Rawa dekat Bukit Gelugor, malam tadi.
ABANG kepada Mujahid, Nazreen Yusof Rawa (tengah) memberi maklum balas mengenai arwah kakaknyam Raedah kepada Zolkifly Md. Lazim (kanan) sambil dilihat oleh Nasoruddin Shah Mat (kiri) di sini, malam tadi. 
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT GELUGOR - Raedah Yusof Rawa, 65, meninggal di rumah dekat Bukit Gelugor 1.30 petang tadi selepas sakit barah payu dara tahap empat lebih empat tahun lepas.

Arwah merupakan anak ketiga daripada 11 beradik kepada bekas Presiden PAS Ke-5 Pak Yusof Abdullah Ar-Rawa, dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, 50, (AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) merupakan anak bongsu.

"Di Pulau Pinang, beliau (Raedah) pernah berkhidmat sekejap di PDC (Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang), sebelum melepaskan jawatan mengurus sebab sakit," respons Nazleen Yusof Rawa, 63, kepada AJK PAS Pulau Pinang Zolkifly Md.Lazim di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Penaja Uptown Perda Bukit Mertajam, Nasorudin Shah Mat, Ahmad Kamaruddin Idris (wakil Inteam Bikers) dan Mohamad Faiz Kadin (wakil ARC Utara Semenanjung Malaysia).

Mujahid memberitahu arwah kakaknya akan disemadikan di tanah perkuburan Perak Road, selepas solat jenazah jam 8.00 pagi esok di Masjid Hashim Yahya, Jelutong.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus