28 April 2014

Status hukum lelaki main bola sepak pakai seluar pendek

FIQH iBADAH

Kelab Go Green FC di bawah penasihat AJK PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim dan Sdr. Mohd. Salihin (pengurus kelab bola sepak).

SOALAN:
Hampir semua pemain yang menyertai pasukan bola sepak NGO Go Green di bawah Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim (AJK PAS Pulau Pinang) memakai seluar pendek, walhal aurat lelaki yang wajib ditutup adalah antara atas pusat dan bawah lutut. Komen.

JAWAPAN:
Bahasa: asal perkataan aurah, bermaksud keaiban.

Istilah: bahagian tubuh badan yang wajib ditutupi atau dilindungi daripada pandangan orang lain.

Dalil
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahai ahlul bait, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” 
[Surah Al-Ahzab: 33]

Penjelasan:
Ayat di atas menjelaskan hukum menutup aurat adalah wajib, sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan solat, berzakat dll.

Asasnya, aurat lelaki yang wajib ditutupi adalah daripada pusat hingga ke lutut.

Semua imam mazhab mensyaratkan tuntutan menutup aurat agar sah solat.

Bagaimanapun, fuqaha’ berbeza pendapat dalam menentukan batasan aurat, antaranya ke atas lelaki mukallaf sendiri.

Mazhab Hanafi
Aurat lelaki semasa solat adalah di bawah pusat hingga di bawah lutut. Maka lutut adalah aurat menurut pendapat yang asah berdasarkan hadith yang bermaksud:

Aurat orang lelaki ialah apa yang terdapat antara pusat dengan lututnya.


Mazhab Maliki
Aurat lelaki ketika solat hanya aurat berat (mughallazah), iaitu kemaluan hadapan (zakar dan buah zakar) dan kemaluan belakang (kedua-dua papan punggung).
Oleh itu, wajib bagi lelaki mukallaf mengulangi solat sekiranya aurat mughallah ini terdedah.
Walaupun paha termasuk dalam maksud aurat, tetapi bahagian paha hingga ke pangkal lutut dikira sebagai aurat mukhaffafah atau aurat ringan, yang terdedahnya itu tidaklah  sampai mengulangi solat.
Ini, berdasarkan satu hadith riwayat Anas bin Malik, yang bermaksud:
Bahawa di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah s.a.w. telah terkoyak kain pada pahanya, sehingga aku ternampak keputihan pahanya.”

Mazhab Shafie
Aurat lelaki semasa solat adalah di bawah pusat hingga di bawah lutut.
Ini, berdasarkan riwayat al Harith bin Abi Usamah daripada Abu Usamah daripada Abu Said al-Khudri r. a. yang bermaksud:

Aurat orang Mukmin ialah antara pusat dengan lututnya.
Banyak hadith yang diriwayatkan tentang penutupan paha sebagai aurat, antaranya hadith yang bermaksud:
Janganlah kamu mendedahkan pahamu dan janganlah kamu melihat paha orang hidup dan orang mati.
Dan sabda Rasulullah s.a.w. kepada Jarhad al-Aslami:
Tutuplah pahamu, sesungguhnya paha itu aurat...
Menurut pendapat yang sahih di kalangan ulama` Syafie, pusat dan lutut tidak dikira sebagai aurat.
Ini, berdasarkan hadith riwayat Anas bin Malik yang menceritakan mengenai Nabi Muhammad s.a.w. mendedahkan pahanya, sebagaimana yang diterangkan dalam Mazhab Maliki, sebelum ini.
Bagaimanapun, wajib bagi lelaki menutup sebahagian di bawha lutut supaya tertutup paha, serta menutup sebahagian di atas pusat supaya tertutup bahagian di bawah pusat.
Ulamak mazhab Shafie berpendapat, kewajipan menutup bahagian yang melepasi lutut dan pusat itu supaya mengelak bahagian wajib di antara kedua-duanya itu daripada tidak terdedah.
Ini berdasarkan kaedah, “apabila tidak sempurna kewajipan disebabkan sesuatu itu, sesuatu itupun menjadi wajib.”
Alasan ini kerana ulama’ Syafi’iyyah sendiri berpegang pada kaeah fahwal kitab, iaitu “apabila yang difahamkan lebih utama hukumnya daripada yang diucapkan.”
Pendirian
Bagi saya, pemain bola lebih baik menutup aurat (iaitu melepasi di antara bahagian pusat dan lutut) kerana itu adalah di bawah maksud kamaliyyat atau kesempurnaan dalam melakukan kewajipan menutup aurat.

Bagaimanapun, tidaklah nyata hukum ke atas pemain bola yang memakai seluar pendek (iaitu menutut aurat mughallazah sahaja) kerana ulamak sendiri mempunyai pendapat yang berbeza-beza mengenai batasan sebenar aurat lelaki semasa solat dan di luar solat pada bahagian yang dimaksudkan itu.

Adalah tidak wajar untuk menajamkan perkara kamalliyyat sampai menghalang maksud dakwah Islamiyyah yang wajib.

Justeru itu, saya sependapat dengan pendirian bekas Ketua Pemuda PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Temerloh, al-fadhil Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi, yang pernah menyebut hal seupmpama ini sebagaimana di bawah:

“Mungkin kita yang bermazhab Syafie agak janggal untuk membenarkan mereka berseluar pendek, berbeza dengan mereka yang bermazhab Hanafi. 
"Masih segar dalam ingatan saya sewaktu saya belajar di Maahad Fathul Islami Syria satu waktu dulu. 
Sedang saya menegur seorang pemuda yang bermain bola dalam keadaan berseluar pendek, Syeikh Fawwaz (guru kelas merangkap guru Mahfuzat saya) kebetulan lalu di kawasan itu lalu meminta saya membiarkan pemuda itu bermain dalam keadaan ia kekal berseluar pendek.
Keesokkan harinya, Syeikh Fawwaz mendetailkan hukum berpakaian disisi mazhab Hanafi. (Ma'ahad Fathul Islami adalah sebuah Ma'ahad yang menggunakan Feqh Mazhab Imam Hanafi).
Ringkasnya, mereka boleh menerima pemain yang berseluar pendek selama mana pendeknya seluar itu masih dalam kategori sopan, iaitu tidak sendat dan hanya atas sedikit dariparas lutut. - Tidak bercawat seperti seluar pelumba lari dan perenang.”
[Lihat entri Tahajjud World Cup]


Wallahu 'alam.

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang 

merangkap

Ahli PAS Seumur Hidup bagi Kawasan Batu Kawan

+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
@zainulfaqar
facebook.com/zainulfaqar.yaacob

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus