21 January 2014

Suap Kangkung: Kit Siang desak Khai Loon mohon maaf demi uji sentimen bukan Melayu?



Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang (gambar) yang lantang menentang asobiah Umno mula membuat pelan cegah rintang (contingency plan) bagi menghadapi percubaan Umno mencetuskan 'Tragedi Hitam 13 Mei' sekarang. 

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mengejutkan banyak pihak apabila dilaporkan menasihat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon supaya memohon maaf kerana menyuapkan kangkung ke replika mulut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, langkah itu demi memastikan kumpulan ekstremis tidak menjadikan aksi kreatif "i Love kangkung" baru-baru ini sebagai modal untuk mencetuskan tragedi berdarah seperti apa yang berlaku semasa 13 Mei, 1969.

“Apa yang lebih penting adalah tidak membenarkan pihak tertentu mencari alasan bagi memanipulasi insiden itu untuk menghangatkan lagi kebencian kaum dan agama sehingga berulangnya peristiwa 13 Mei.

“Lee (Khai Loon) perlu memilih untuk mengemukakan permohonan maaf yang diharapkan dapat memulakan kitaran yang lebih baik kepada pemimpin politik dan aktivis agar lebih sensitif kepada kepelbagaian kaum dan agama selain keadaan politik yang tegang sekarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Kit Siang berkata, Khai Loon sudah pun menerangkan bahawa perbuatannya itu tidak berniat menghina Najib sebaliknya membawa isu bebanan rakyat yang terhimpit akibat kenaikan harga barang.

Sejauhmana kenyataan ini mencuit sentimen bukan Melayu terhadap pentadbiran Najib yang didakwa gagal tadbir urus ekonomi negara, Kit Siang sedang mencermatinya.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus