21 January 2014

'I love kangkung' Khai Loon kreatif, Kelab Penyokong PR P.Pinang nyata solidariti

KELAB Penyokong Pakatan Rakyat Pulau Pinang tengah hari tadi tampil memberi sokongan moral terhadap aksi kreatif ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon melancarkan flashmob 'I Love Kangkung' hatta dikecam hebat oleh penyokong Umno serta Perkasa sampai sekarang.

Pengerusinya, Wong Hon Wai berkata, kecaman serta ugutan bunuh yang dihadapi oleh Khai Loon wajar dikecam oleh semua pihak.

"Ini, solidariti kita terhadap apa yang dihadapi YB Lee Khai Loon. Itu adalah luahan rasa (protes) yang kreatif terhadap kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh semua rakyat," ujar Hon Wai selepas selesai mempengerusikan mesyuarat kelab itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town.

Selain Khai Loon, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain seperti Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Teh Lai Heng (Komtar), Soon Lip Chee (Jawi), Lim Siew Khim (Sungai Pinang), Lydia Ong Kook Fooi (Berapit) dan Dr.T.Jayabalan (Batu Uban) turut hadir pada sidang media itu.

Hon Wai yang juga ADUN Air Itam turut mengecam tindakan penyokong pembangkang Pulau Pinang mengaitkan aksi kreatif Khai Loon itu dengan cubaan mencetuskan Tragedi Hitam 13 Mei 1969, baginya demi mengalih perhatian khalayak terhadap isu kenaikan kos sara hidup rakyat.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak sensitif apabila mengatakan harga kangkung turun. Sebenarnya, flashmob kreatif itu terdiri oleh pelbagai bangsa, bukan (disertai) Cina sahaja," tegas Hon Wai.

Dalam perkembangan sama, Hon Wai berkata, pihaknya masih belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai atau tidak Himpunan TURUN 2.0 di Tapak Parkir Bandar Sunway Seberang Jaya pada Ahad, 26 Januari depan bermula jam 2.00 petang kerana masih tidak mendapat jemputan rasmi daripada penganjur demontrasi kreatif itu.

Difahamkan, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli turut akan menyertai perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup Rakyat (TURUN 2.0) itu nanti.

Sebelum itu, Khai Loon mengesahkan bahawa pihaknya telah membuat aduan polis berhubung kecaman serta ugutan bunuh yang diterima oleh beliau sekeluarga.

"Saya akan terus berjuang dan tidak akan tunduk pada apa-apa bentuk kezaliman dan politik perkauman demi rakyat," tegas Khai Loon.


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus