23 December 2013

Tegas tangani masalah sewa tertunggak - Siew Khim

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim mencadangkan Kerajaan Negeri mengambil balik rumah kos rendah (KR) dan (KSR) daripada mereka yang enggan melangsaikan sewa tertunggak serta fi penyelenggaraan tanpa sebab munasabah.

"Tindakan perlu diambil ke atas penyewa yang tidak membayar sewa sehingga ada yang hampir 10 tahun.

"Malah, ada juga yang tidak membayar sewa, tetapi, mampu membuat pengubahsuaian premis tersebutbegitu mewah dan hebat," ujar wakil rakyat DAP itu di George Town baru-baru ini.

Beliau berkata, langkah itu sekaligus akan menyerahkan rumah-rumah berwajib kepada mereka yang benar-benar layak serta berhak.

Pun begitu, katanya lagi, Kerajaan Negeri wajar menubuhkan satu tabung khas bagi menangani masalah sewa tertunggak yang membabitkan mereka yang benar-benar susah, seperti ibu tunggal, warga emas serta orang kurang upaya (OKU) di negeri berkenaan.

Sebelum itu, beliau mendedahkan bahawa jumlah tunggakan swa dan penyelenggaraan adalah melebihi RM5 juta (RM5,160,128).

Itu, katanya lagi, tidak termasuk tunggakan sewa bagi Flat PPR Jalan Sungai dekat Sungai Pinang yang mencatatkan sebanyak RM890,000 pada Mei lepas.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada perbentangan Bajet 2014 di DUN Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan had 10 tahun pindah milik rumah.

Menurut Guan Eng, langkah itu demi memastikan penjualan rumah dalam tempoh 10 tahun ini adalah kepada pembeli tersenarai (listed buyer) yang berhak sahaja.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus