10 December 2013

'Nenek Rasis' tuntut mohon maaf Guan Eng

JAHARA Hamid
KETUA Pembangkang, Datuk Jahara Hamid yang digelarkan sebagai 'nenek rasis' menuntut permohonan maaf daripada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng demi memulihara kemuliaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. 

"Saya menuntut Y.A.B. Ketua Menteri memohon maaf demi memulihara kemuliaan dewan ini," ujar Jahara di DUN Pulau Pinang, George Town pada petang tadi.

Celahan itu dilakukan semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey sedang membahaskan Bajet 2014.

Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dalam reaksi spontan memberitahu, Guan Eng dalam satu kenyataan lain telahpun memohon maaf atas penggelaran itu.

Tetapi, menurut Guan Eng (ADUN Padang Lalang), Guan Eng masih menganggap Jahara mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada sidang media, semalam.

Jahara yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dalam sidang dewan semalam turut enggan memohon maaf, walaupun diminta berbuat demikian.

Ekoran itu, Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Maktar Shapee meminta Soo Huey meneruskan perbahasan demi mengelak perbezaan yang tajam itu dari terus berpenjangan.

Terdahulu, Jahara menuduh Kerajaan Negeri mengamalkan penguatkuasaan terpilih ke atas gerai-gerai tanpa lesen di Pantai Bersih dekat Butterworth.

Jahara mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya merobohkan dua 'gerai haram' milik Melayu serta membiarkan empat gerai lain milik Cina terus beroperasi di kawasan kawasan sama.

Ekoran itu, Guan Eng dalam satu kenyataan media menyifatkan ucapan berunsur fitnah oleh Jahara sebagai 'nenek rasis'.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus