09 December 2013

Jahara 'nenek rasis', kata Guan Eng

MOHD. Salleh Man (kiri) berkongsi harapan bersama Lim Guan Eng mengenai masa depan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, di Dewan Jamuan DUN, George Town pada petang tadi. 


Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menggelar Datuk Jahara Hamid sebagai nenek fitnah perkauman gara-gara Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang itu menuduh Kerajaan Negeri mengamalkan penguatkuasaan terpilih ke atas gerai-gerai tanpa lesen di Pantai Bersih dekat Butterworth.

Jahara pada sidang DUN pagi tadi berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya merobohkan dua 'gerai haram' milik Melayu serta membiarkan empat gerai lain milik Cina terus beroperasi di kawasan kawasan sama.

Guan Eng dalam satu sidang media berkata, sebenarnya lebih empat gerai milik bukan Melayu turut berdepan tindakan pihak berkuasa

"Dia menyebut hanya empat gerai (tanpa kebenaran) Melayu dirobohkan, tetapi tidak menyebut gerai (tanpa lesen) bukan Melayu lebih (banyak diroboh oleh pihak penguatkuasa.

"Dia cuba putar belit isu...dia adalah nenek fitnah yang cuba (cuba mewujudkan) rasis dan tidak boleh diterima," ujar Guan Eng di luar sidang DUN Pulau Pinang, George Town.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus