17 December 2013

Mat Sabu PJ P.Pinang? SMS 'kawan' Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) hampir pasti diputuskan sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang baru, kata kawan karib Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Desas-desus itu diterima semasa Mesyuarat Perhubungan PAS Pusat yang dijadualkan hari ini akan mencari pengganti kepada Pesuruhajaya lama, iaitu Datuk Mohd. Salleh Man.

"Beliau menjadi pesuruhjaya sementara mungkin dalam dua tahun ini sahaja untuk menjernihkan kemelut PAS Pulau Pinang yang sebelum ini mengancam untuk keluar dari Pakatan Rakyat (negeri)," kata sumber menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi.

Dijangkakan, pengumuman rasmi akan dibuat oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang paling lewat pada malam ini.

Sehingga jam 11.20 malam tadi, Mohamad Sabu yang difitnah menganut fahaman Syiah sendiri masih belum menjelaskan mengenai desas-desus pelantikan sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Di laman sosial facebook dan twitter pun, status Mohamad Sabu masih belum disentuh secara viral.

Hubung saya 0194241583 jika anda berminat untuk buat
advertorial seperti Bangkok Tomyam.
Adakah benar Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" ditaklif sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang baru?

Atau ada "calon ke-3 pro UG" akan diumumkan sebagai wakil Abdul Hadi di Pulau Pinang sebagaimana dilihat dalam trend pelantikan di Selangor, Perak dan Kedah sebelum ini?

Dalam satu wawancara Jumaat lepas, Mohd. Salleh berkata, beliau bersedia menerima apa jua ketetapan PAS demi menguatkan peranan parti masa depan itu di Pulau Pinang.

"Saya antara PJ (Pesuruhjaya) yang lama jika nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

"Saya dilantik memimpin PAS semasa parti tidak sekuat sekarang. Sesiapapun PJ, saya akan tetap memberi sokongan atas nama Islam serta mengukuhkan Pakatan Rakyat di negeri ini," ujar Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir.

Mohd. Salleh memberi respons itu seusai mesyuarat penggal kedua DUN Ke-13 di DUN Pulau Pinang dekat George Town.

Berita lanjut, menyusul kemudian 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus