17 December 2013

Bangkok Tomyam masak secepat kilat

SEHARIAN suntuk di Hospital Pulau Pinang kerana Hajjar Hassan ada pet scan sakitnya.
Datang jam 7.30 pagi dan semua urusan selesai jam 5.18 petang.

Mudah-mudahan Hajjar Hassan sembuh daripada penyakit barah kelenjar limpa atau hodgkin lymphoma pada tahapan empat itu. Amin.

"Dah tiga tahun mengidam," usik Hajjar Hassan.

Saya dipujuk makan petang di Bangkok Tomyam dekat Jalan Mahkamah, Bayan Lepas.

Demi isteri, saya menempuh juga kesesakan trafik dengan motosikal pada waktu perdana balik kerja.

Cepat Macam Kilat
Macam biasa. Saya pesan nasi putih, daging goreng kunyit, sup kosong dan sambal belacan serta air jus oren dan ais kosong.

Hajjar Hassan pesan nasi putih, tomyam sotong, terliur dasar dan teh o ais laici.

Tak sampai 10 minit, semua makan sampai, lebih awal daripada air sampai.
"Kalau kedai mamak, air sampai dulu," saya berseloroh.

"Istimewanya kedai ini, masakan yang dipesan cepat sampai," balas Hajjar.

Identiti
Selalunya, saya pilih menu yang sama. Maka, tidak susah untuk saya nilai mutu masakan di restoran-restoran yang pernah saya tandang.

"Kedai bersih. Dapur masakan pun bersih. Makanannya, sedap seperti di kedai lain juga," ujar saya.

Respons Hajjar, "Istimewanya kedai ini, masakan yang dipesan cepat sampai."

Kadang-kadang, pelanggan lebih mengutamakan mutu perkhidmatan, berbanding mutu makanan.

Bangkok Tomyam berjaya membina identiti sendiri, iaitu makanan yang dipesan cepat terhidang macam kilat.

Kenali Tomyam Bangkok
Ini kali keempat Hajjar Hassan makan di sini. Ini kali pertama saya makan di sini.

Semasa Hajjar Hassan masih menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM), pensyarah kuliah bahasa Arabnya acap kali mengajak beliau dan empat rakan lain makan di sini.

"Sebenarnya masakan paling istimewa di sini bukan daging goreng kunyit atau tomyam sotong.

"Paling istimewa di sini adalah ikan siakap masak stim (kerana) tak bau hanyir dan sangat sedap diratah," jelas Hajjar.

Harga ikut saiz ikan.

Kalau saya tidak datang berdua dengan Hajjar (datang ramai), kami akan pesan makanan ikut set kerana lebih murah dan berbaloi. Lihat gambar di bawah.

Dari segi harga pun, cukup berpatutan. Tak rugi datang bertandang di sini.

Terlanjur bercakap mengenai keistimewaan Bangkok Tomyam ini, saya sempat temuramah dua pekerja tempatan di warung ini.

Ini sebagai latihan advertorial saya pada waktu lapang, sementara menunggu operasi semula sesawang PenangInsight.com dalam masa terdekat ini.

Dari maklum balas yang diterima, tujuh tukang masak wanita adalah tulang belakang sampai Bengkok Tomyam 'masak cepat macam kilat'.

Lima pekerja lelaki lain berperanan sebagai pelayan, juruwang dan 'bentara'.

Difahamkan, Tomyam Bangkok mula beroperasi hampir 15 tahun dahulu.

Pemiliknya, orang tempatan yang mesra dengan panggilan "Kong".

Isteri "Kong" orang Pattani. Namanya, Sunida Behnawan.

Sunida dikenali cekap dalam bidang masakan, sekaligus melengkapkan pengalaman serta bakat berniaga yang ada pada diri "Kong" sendiri.

Bangkok Tomyam beroperasi tiap-tiap hari, bermula jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 pagi.

Bangkok Tomyam paling ramai dikunjungi pada waktu rehat hari bekerja kerana masakan panas-panas boleh dinikmati 'cepat macam kilat'.

Hubungi segera 04-6432205 atau 012-4259227 kerana Bangkok Tomyam turut menyediakan khidmat pesanan pelbagai makanan.

Paling baik, datang sendiri ke sini dan nikmati masakan ala Bangkok seperti saya dan Hajjar, petang tadi.

Berbaloi!

____________
Segera hubungi +60194241583 untuk advertorial atau promosi perniagaan anda.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus