30 August 2013

Beranikah Umno P.Pinang bantah Kedah politikkan air sungai, tanya aktivis

ZOLKIFLY Md. Lazim (dua dari kiri) mengepalai flashmob kempen  "Umno Jangan Politikkan Air Pulau Pinang"  di perkarangan Komtar, petang tadi. | Foto: Choo Chon Kai  
KERATAN akhbar Sinar Harian, 27 Ogos 2013.

TARIF air Pulau Pinang yang kekal direkodkan paling rendah di Malaysia mungkin salah satu punca krisis air sengaja dipolemikkan di negeri berkenaan oleh pihak tertentu. | Sumber: PBAPP.

SEKUMPULAN aktivis melancarkan kempen "Umno Jangan Politikkan Air Pulau Pinang" di depan perkarangan Komtar, George Town yang menempatkan pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri.

Koordinator badan bertindak itu, Zolkifly Md. Lazim berkata, Umno Pulau Pinang wajar menyatakan pendirian mengenai cadangan pemimpin Umno Kedah menyekat laluan air ke Sungai Muda sebelah Pulau Pinang sekiranya Kerajaan Negeri enggan membayar caj yang dituntut negeri itu.

"Cadangan (sekat air sungai) itu bertentangan dengan maksud kemanusiaan dan semangat keMalaysiaan.

"Janganlah semasa sentimen rakyat sedunia memerang tindakan Zionis menyekat sumber makanan ke Palestin (atau) sentimen dunia menentang rampasan kuasa di Mesir, Umno di Malaysia pun sanggup sekat sumber air sungai ke Pulau Pinang pula.

"(Justeru), kami mendesak Umno Pulau Pinang nyata pendirian (sama ada) sokong Umno Kedah sekat air atau sokong hasrat rakyat, khusus, di sini," ujar beliau di sini.

Halim Salleh (PAS), Ikhwan Nasser Mohamad Isa (AMK), Choo Chon Kit (PSM), Soh Sook Hwa (bekas aktivis mahasiswa), Khairul Ishak (pegawai khas kepada Chong Eng, Exco Kerajaan Negeri), Yusbira Yusoff (Pegawai khas kepada Dr. Afif Bahardin, Exco Kerajaan Negeri) dan Saiful Azwan (Pegawai kepada LIm Siew Khim (ADUN Sungai Pinang) antara aktivis yang menyertai flashmob itu.

Mereka mengangkat plakad yang tertulis .'Umno Jangan Politikkan Air Pulau Pinang' dan sebagainya.

Zolkifly berkata, pihaknya merancang untuk mengetengahkan isu sekatan air ini ke Kelantan dan Selangor memandangkan kedua-dua negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu turut berdepan polemik krisis air juga.

"Rakyat Kedah dan Perlis pun banyak tinggal di Pulau Pinang, adakah Kerajaan Kedah sedar.

"Rakyat di Selangor dan Kelantan pun perlu kerana kita berdepan krisis (air) yang sama babit Pusat," ujarnya lagi.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah dalam sidang DUN Kedah berkata, Kedah berhak mengena tuntutan caj kerana air sungai ke Pulau Pinang itu berasal dari Kedah.

Ahmad Bashah yang juga turut berdalih, Kedah memerlukan peruntukan untuk menyelenggara sistem saluran dan pengairan di negeri berkenaan supaya tidak terganggu.

Dalih yang hampir sama turut diluah oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Mahadhir Khalid (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) sebelum ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam satu reaksi spontan berkata, Kerajaan Negeri tidak wajar membayar caj yang dituntut Kedah memandangkan air mentah diambil daripada Sungai Muda sebelah Pulau Pinang.

Malah, katanya, cadangan Kedah itu turut bertentangan dengan semangat keMalaysiaan.

"Ini Malaysia lah. Ada Perlis, ada Kedah, ada Sungai Muda semula jadi di sempadan Kedah-Pulau Pinang. Rakyat Kedah pun ramai di Pulau Pinang.

"Itu Umno (Pulau Pinang) kena fikir sama ada nak sokong (pendirian Umno) Kedah, atau hak rakyat Pulau Pinang yang meliputi semua pihak, termasuk Umno sendir," ujar beliau.


Berita berkaitan:
Pulau Pinang bayar caj air Perak bersebab - KM
Guan Eng tempelak menteri 'caj air'

SELAMAT MENYAMBUT
HARI MERDEKA!

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus