Skip to main content

RM5,000 untuk keluarga Allahyarham Tajuddin

"Guan Eng tolong keluarga mangsa di Menara Umno P.Pinang sebab yang mati itu dua Cina. Guan Eng tak tolong yang mati di Jambatan II P.Pinang itu sebab yang mati itu Melayu. Ini fitnah macai Umno." - Faqar Usrah Gabungan (UG)


SHARA Ismail (empat dari kiri) dan Sharifah Ramli (lima dari kanan) menerima bantuan ehsan daripada Lim Guan Eng.

BALU Allahyarham Tajudin Zaimal Abidin, 45, yang maut ditimpa tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang pada 6 Jun lepas menerima bantuan ehsan RM5,000 daripada Kerajaan Negeri.

Adik Allahyarham Khairudin, 44, Laldin, 39, semasa menerima bantuan itu merakamkan penghargaan dalam satu majlis bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng di Komtar, di sini baru-baru ini.

Hadir bersama, dua balu Allahyarham, Shara Ismail, 45, dan Sharifah Ramli, 40.

Empat cahaya mata Allahyarham, Izzaty Syahirah, 12, Nur Izzaty Syafiqah, 8, Nur Aina Syazwani, 11 dan Nur Ain Maisara, 7, turut hadir pada majlis itu.

Guan Eng dalam reaksi balas melahirkan rasa simpati apabila mengenangkan anak-anak Allahyarham yang masih kecil.

Setiasuaha Agung DAP itu berkata pihaknya akan cuba mendapatkan nasihat guaman sekiranya perlu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihaknya melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telahpun mengarahkan pemberhentian kerja-kerja pembinaan serta merta di kawasan tragedi itu.

Beliau berkata, pemaju lantikan Kerajaan Pusat sepatutnya lebih menitikberatkan aspek keselamatan semua pihak supaya insiden seumpama itu tidak berulang.

"Biarlah projek ini mengalami sedikit kelewatan, tetapi, biar lambat asalkan selamat," tegas beliau.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan keprihainan Kerajaan Negeri sekarang dalam mendekati rakyat tanpa mengira kaum. -END