18 June 2013

Lapor Menara Umno P.Pinang runtuh tujuh hari :Guan Eng

"PEMILIK MENARA UMNO P.PINANG SEJAK 10 MEI 2011 LAGI DIMINTA MENGEMUKAKAN LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN, TETAPI, GAGAL DITERIMA MPPP SEHINGGALAH BERLAKUNYA INSIDEN MERAGUT DUA NYAWA," - FAQAR USTAZ GILA



KETUA Menteri mempersoal beberapa perkara berbangkit di sebalik insiden runtuhan struktur Menara Umno Pulau Pinang dalam satu sidang media baru-baru ini.

TUJUH Tujuh hari diberikan kepada pemilik Menara Umno Pulau Pinang dekat Jalan Machalister di sini untuk mengemukakan laporan terperinci mengenai insiden runtuhan sebahagian konkrit serta tiang penebat kilat atau sedia berdepan tindakan lanjut daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jika gagal.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri serta orang awam wajar diberitahu mengenai perkara sebenar di sebalik insiden yang meragut dua jiwa itu.

"Ini (bahagian runtuhan) adalah dalam satu struktur konkrit (bersama-sama bangunan menara), bukannya binaan tambahan.

"Sepatutnya konkrit itu stabil dan tidak runtuh," ujar Guan Eng di Komtar di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon, Prof.P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) turut hadir pada sidang media itu.

Hadir bersama, hampir semua Exco Kerajaan Negeri serta kepemimpinan kanan MPPP.

Bekas Presiden Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), Datuk K.K.Lim turut memberi maklum balas awal di sebalik insiden tersebut.

Terdahulu, insiden runtuhan itu berlaku pada 13 Jun lepas, kira-kira jam 6.30 petang.

Bangkai runtuhan yang dikenal pasti adalah konkrit bahagian atas bumbung menara sepanjang 58 meter, termasuk 28 meter tiang penebat kilat.

MPPP, sehari kemudian mengeluarkan notis di bawah Syeksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 kepada empunya bangunan, iaitu Tetuan JKP Sdn. Bhd..

Dalam notis itu, empunya menara diminta "menghapuskan kacau ganggu yang berterusan" di sekitar Mechalister di sini.

Arkitek menara itu, T.R.Hamzah & Yeang Sdn. Bhd. dan jurutera perunding, Tahir Wong Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab ke atas bangunan menara itu turut menerima notis MPPP bagi menghapuskan kacau ganggu di kawasan kejadian.

Guan Eng berkata, MPPP pada 10 Mei 2011 pernah menghantar surat kepada tetuan JKP Sdn. Bhd. untuk mendapatkan laporan pemeriksaaan kestabilan dan keselamatan bangunan tersebut, tetapi gagal disediakan oleh pihak berwajib itu.

Katanya, permintaan MPSP berdasarkan Seksyen 85(A) Akta Jalan, Parit & Bangunan, 1974 sebenarnya wajar disegera oleh empunya bangunan.

"Pihak berkenaan mengemukakan rayuan untuk meminta tempoh masa melantik Jurutera Perunding dalam menyediakan laporan, tetapi, setakat ini masih tiada laporan dikemukakan kepada MPPP.

"Insiden ragut dua nyawa, MPPP syaki ada kelemahan dan pengabaian," ujar beliau sambil berkata Kerajaan Negeri sedang menunggu laporan berwajib dalam masa tujuh hari. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus