21 April 2013

SMS ugut sabotaj Anwar jika 'adik' Hafiz Nordin, Mazlan terus dipersoal di Sg.Acheh



SAYA pun dapat SMS yang menyebut penyokog Yusni Mat Piah mengugut untuk menarik semua jentera serta sokonga kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh jika calon mereka tidak dikekal tanding di Dun Sungai Acheh.

Yusni adalah Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang. Mustahil dia yang mengarah semua itu sungguhpun penyokongnya sebelum ini didedah menyerang che'GuBard pada hari penamaan calon.

Dalam hati saya bertanya, apa sebenarnya pro Yusni nak dalam pilihan raya kali ini?

Saya tak mahu tuduh lah ini semua rancangan dua bekas ketua pemuda PAS untuk bantu memenangkan Umno di Pulau Pinang.

Datuk Dr. Mazlan Ismail mencabar Anwar di Parlimen Permatang Pauh.

Mazlan sebelum ini ada Dakyah tewas Anwar di Permatang Pauh boleh beri lalu Hadi jadi PM.

Hafiz Nordin pun begitu. Siang malam serang Anwar. Yusni tak kata apa-apa pun.

Baru-baru ini, pemimpin PAS Kawasan Penaga ada hubungi saya lalu menyebut, Hafiz dan Yusni baru-baru ini tinjau sebidang tanah di Dun itu untuk satu projek.

Musim pilihan raya ini bukan masa yang sesuai untuk menyentuh skandal pecah amanah dana wakaf SRiBU. Nanti laaa...

Di Kelantan, orang tanya Che Johan Che Pa, "kenapa sanggup tarik diri? Umno tak pecat ka macam depa pecat Kamilia?"
"Saya mengambil langkah untuk menarik diri... lebih-lebih lagi saya akan bertanding melawan Datuk Ibrahim Ali yang juga semua orang anggap seperti ayah dengan anak, sebagai mentor politik.  
"Kalau saya mengambil keputusan meneruskan juga maka kedua-dua kami akan terkorban kalah dalam pilihan raya kali ini," kata Che Johan.
Saya baru SMS kepada seorang penyokong Exco Pemuda PAS Pulau Pinang, "Tak bolehkah Yusni dan che'GuBard saling anggap diri masing-masing macam adik abang?"

Dia call dan kata, "Habis...Mazlan dan Hafiz nak letak mana..."

Betul jugak...kalau Hafiz dan Mazlan yang terang-terang menyebalah Umno bagi menyerang PAS serta Pakatan Rakyat pun dilayan seakan macam abang, patutlah penyokong Yusni didedah layan che'GuBard macam musuh.

Patutlah Pak Bakaq nak tulih "Ustaz, But*h Pak Hang!!!"

Hari ini, orang tua tuu menulih Hello PAS (UG), aku tak nampak apa beza hampa dengan Brahim Ali dan Zul Nordin pulak.

Politik abang adik lah kata kan...

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus