che'GuBard bersama Cikgu Azman (Ketua AMK Kedah yang diarah mengajar di Kelantan) bertemu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini. |
che'GuBard berkata, politik baru berasas pada persaingan sihat serta 'politik nilai' boleh mengurus pertembungan sengit tiga penjuru di Dun Sungai Acheh yang nyata tidak dapat dielak lagi.
Justeru, pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempelawa pencabarnya Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang) serta Datuk Mahmud Zakaria (penyandang Dun Sungai Acheh daripada Umno) untuk saling mengemukakan manifesto masing-masing untuk dinilai oleh pengundi di Dun berkenaan.
"Setiap calon yang bertanding khususnya di Sg Acheh juga wajar membentang tawaran terbaik di peringkat setempat dan ia harus dibandingkan antara satu sama lain.
"Justeru itu, che'GuBard secara rasmi menjemput calon yang bertanding di Sg Acheh dipertemukan dalam sebuah wacana debat," ujar beliau di blognya malam tadi.
Beliau berkata, langkah mengemukakan manifesto masing-masing serta berdebat atas idea tersebut adalah lebih sihat untuk ketiga-tiga tokoh.
Semalam, che'GuBard bersama-sama isteri serta anak mengaku dikasari serta ditolak sampai jatuh oleh penyokong Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, tetapi mengambil sikap damai atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat.
Dilaporkan Pro Yusni kepong che'GuBard lalu di halang serah borang calon Sg.Acheh.
che'GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin dalam reaksi spontannya berkata, beliau menerima watikah sebagai calon PKR daripada Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat, yang turut direstui oleh Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri kelmarin.
Malah kata che'GuBard, beliau menerima amanah sebagai calon selepas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sendiri berjanji akan berlaku pertandingan 'satu lawan satu' sahaja di Dun itu.
Pengakuan che'GuBard itu sekaligus membayangkan Mustafa seakan cuba sabotaj Pakatan Rakyat di Dun Sungai Acheh, dakwa blogger Tulang Besi.
Perkembangan terbaru yang meruncing itu memaksa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dijadual turun ke Sungai Acheh hari ini bagi mastikan tiada pertandingan tiga penjuru di Dun berkenaan.
Berikut adalah 10 manifesto untuk warga Sungai Acheh yang bakal diperdebat oleh che'GuBard jika dua pencabarnya bersedia duduk sepertas dalam masa terdekat sebelum Hari Buang Undi pada 5 Mei depan:
- Menjadikan Sg Acheh, N.Tebal hub pertanian
- Jambatan Kg Tanjung Berembang-pekan N.Tebal (RM20juta)
- Pusat tuisyen dan pusat latihan vokasional percuma
- Acara tahunan job fair buka ratusan peluang pekerjaan
- Pusat aktiviti pembangunan belia dan perpaduan kaum serta agama
- Pusat khidmat bergerak ke seluruh dun
- Memanafaatkan kewujudan ipt untuk masyarakat setempat
- Membangunkan dan merancakkan aktiviti ke arah sg.acheh sebagai pusat perlancongan
- Memastikan pembangunan infra ke arah sg.acheh membangun seiring pembangunan negeri
- Penumpunan program pemerkasaan wanita tempatan
No comments:
Post a Comment