21 April 2013

Anwar ke Sg.Acheh pastikan 'satu lawan satu'

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sepatutnya menarik balik watikah calon daripada Yusni Md Piah sebelum Hari Penamaan Calon di kawasan Dun Sungai Acheh kelmarin lagi.

Ini kerana, sumber berkata, Pas Pusat mengarah kepemimpinan parti peringkat negeri supaya mengumumkan Yusni tarik diri demi mengelak pertandingan tiga penjuru di Dun itu.

Namun, Pas Pulau Pinang di bawah pesuruhjayanya Datuk Salleh Man enggan menurut perintah pusat.

"Tak kisah lah watikah (yang diterima Yusni) itu ditanda tangan Cikgu Pa (Mustafa) atau Presiden Pas (Tuan Guru Abdul Hadi Awang)," kata seorang pemimpin Pas Kawasan Nibong Tebal di Sungai Acheh malam tadi.

Sumber lain pula berkata, Yusni tidak wajar dipersalah ekoran che'GuBard dalam satu ceramah politik di Kuala Kirau, Perak pada 18 April lepas telahpun mengumumkan untuk tarik diri.

Yusni dan che'GuBard saling merebut kerusi daripada penyandang, Datuk Mahmud Zakaria daripada Umno.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam tadi bagaimanapun mengumumkan untuk menyelesai polemik dalaman di Dun itu hari ini.

"Saya akan pergi ke Sungai Acheh hari ini dan pastikan 'satu lawan satu'," ujar Anwar di Machang Bubuk, Bukit Mertajam.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus