Hampir tiada kenderaan di Jambatan Pertama Pulau Pinang serta jalan-jalan bandaran, termasuk di Komtar dan sekitar George Town.
Rumah-rumah kedai, semua tidak dibuka sempena Tahun Baru Cina.
Sunyi dan sepi, mengingatkan saya pada sejarah Hartal Tanah Melayu bermula pada tanggal 20 Oktober 1947.
Semasa itu, rakyat secara beramai-ramai melakukan mogok besar-besaran di seluruh negara sebagai membantah penjajah British menolak Perlembagaan Rakyat yang dikemukakan oleh grup pejuang kemerdekaan, AMCJA-PUTERA.
KLIK dan Sertai Santai Anak Muda Pulau Pinang
Hanya Umno menerima Perlembagaan Lord Reid yang dikemukakan oleh penjajah kerana pertubuhan itu didakwa 'barua penjajah'.
Kini, Perlembagaan Persekutuan bukan lagi isu. Semua rakyat sudah menerimanya sungguhpun berbeza pendapat mengenai sejarah menjelang merdeka.
Tetapi, erti kemerdekaan dengan menolak rasuah menjadi agenda rakyat serta Pakatan Rakyat berbanding polemik sejarah kemerdekaan dulu.
Melihat George Town yang kian lengang, membayangkan bahawa idea Hartal atau mogok beramai-ramai duduk di rumah adalah sesuatu yang realistik semasa musim pilihan raya umum ke-13 nanti.
Jika rakyat merancang untuk mengadakan perhimpunan aman bagi membantah penipuan grup Najib pasca pilihan raya nanti, itu mungkin tidak berguna lagi.
Tiada mana-mana pihak boleh memberi jaminan keamanan jika Pakatan Rakyat mahu merancang untuk melancarkan himpunan aman ala Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) kelak.
Ini kerana, kepemimpinan Umno tertentu sejak Perhimpunan Agung Umno lepas lagi telah pun memberi isyarat bahawa Mereka seakan cuba merancang huru-hara negara bermula sekarang.
Huru-hara negara penting untuk menggagalkan proses peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Najib Razak sendiri didakwa tidak mampu mengawal penyokong jika Umno kalah dalam PRU13 nanti.
Justeru, rakyat perlu tuntut proses peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat ke Putrajaya daripada Najib Razak bermula sekarang.
Sejak sekarang lagi, rakyat perlu didedah mengenai ilmu hartal.
Hartal adalah cara selamat rakyat lawan penipuan rejim Najib.
Hartal lebih selamat bagi seluruh rakyat untuk mencegah huru-hara yang sengaja dirancang oleh rejim berbanding pilihan jalan raya.
Hartal di rumah masing-masing akan mendidik rakyat kemudiannya untuk pilihan jalan raya secara aman kelak ke arah mewujudkan "Dataran Tahrir Malaysia".
Rakyat perlu belajar ilmu hartal dengan duduk di rumah masing-masing sebagai memprotes penipuan Najib di pilihan raya sekarang.
Rakyat perlu belajar ilmu hartal dengan simpan makanan dan minuman banyak-banyak di rumah kerana bila-bila masa Umno akan memuncakkan rancangan huru-hara negara nanti.
Rakyat perlu diajar ilmu hartal dengan bersedia untuk tutup kedai serta premis komersial masing-masing supaya semua pihak melihat akibat grup Najib menipu pilihan raya.
Hartal realistik dan boleh dilakukan kerana George Town hari ini pun sudah macam hartal disebabkan keraian Tahun Baru Cina.
Ayuh rakyat serta Pakatan Rakyat bersama-sama tuntut proses peralihan kuasa secara aman daripada Najib sekarang.
Bersedia sekarang untuk hartal jika Najib enggan beri jaminan proses peralihan kuasa secara aman Pakatan Rakyat ke Putrajaya jika Umno BN kalah PRU13 nanti.
Bersedia hartal di rumah masing-masing!
No comments:
Post a Comment