09 February 2013

Tuntut peralihan kuasa secara aman selepas Najib Umno kalah PRU13

RAKYAT perlu tuntut peralihan kuasa secara aman daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jika Umno tumbang dalam pilihan raya nanti, mampukah Najib menyerahkan kuasa secara aman kepada Pakatan Rakyat.

Kalau masih ingat, beberapa pemimpin Umno berselindung di sebalik NGO-NGO tertentu melancarkan demontrasi di depan Komtar membantah pentadbiran Ketua Negeri, YAB Tuan Lim Guan Eng.

Mereka tidak puas hati dengan kekalahan Umno BN dalam pilihan raya umum, 8 Mac 2008.

Mereka enggan menerima kekalahan itu secara aman apabila beberapa siri demontrasi dilancar kononnya membantah Guan Eng meminggirkan Melayu.

Justeru, rakyat seharusnya menuntut peralihan kuasa secara aman semasa Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya nanti. -END

No comments:

Post a Comment