RAPiD Pulau Pinang pernah rugi lebih RM60,000 sebulan disebabkan ketirisan dalam urus tadbir kewangan, termasuk sindiket mencuri duit tambang yang didakwa membabitkan pemandu bas awam berwajib.
"Banyak kali aduan dibuat kepada pihak pengurusan, tapi, 'disorok bawah permaidani' saja.
"Pemandu yang kena buang kerana curi duit tabung bas pun boleh diambil semula bekerja.
"Pernah satu bulan dulu, duit tambang hilang sampai lebih RM60,000.
"Pekerja bahagian penguatkuasaan langsung tidak dibela dan berstatus kontrak.Ada motosikal kami kena asid atau tayar dipancat.
"Sedangkan kerja buat kami (penguatkuasaan) menguntungkan majikan (serta) untuk bayar gaji di semua jabatan lain," tegas seorang bekas pegawai di syarikat tersebut.
Terdahulu, dilaporkan, Majikan, pemandu Rapid P.Pinang didakwa seleweng tambang bas.
No comments:
Post a Comment