25 February 2013

Majikan, pemandu Rapid P.Pinang didakwa seleweng tambang bas

RAPiD Pulau Pinang di bawah kendalian Kerajaan Pusat didakwa sebagai sarang penyelewengan duit membabitkan beberapa pemandu bas.

Sekumpulan pegawai penguatkuasaan di syarikat itu melahirkan rasa sangsi terhadap "Jamali", ketua pegawai eksekutif (CEO) dan Humairah (Pengurus Bahagian Sumber Manusia) yang dakwa melindungi pemandu yang mencuri duit tambang bas Rapid.

"Hari-hari biasa, pemandu-pemandu ini boleh 'hayun' (curi) RM100. Kalau musim perayaan, RM500 sehari (dicuri).

"Bos baru (Jamali) dan bos HR (Humairah) selalu bela pemandu. Tiada penguatkuasaan apabila kita hantar aduan kes curi duit babit pemandu (bas).

"Kalau bos lama, 'CEO Azhar'segera buat penguatkuasaan atas aduan yang kami buat.

"Selalu sangat CEO (Jamali) bela pemandu yang mencuri duit tambang bas ini, sampaikan terdetik juga, takkan Jamali dan Humairah pun 'hayun' duit majikan.

"Kami buat penguatkuasaan, tapi, tiada pembelaan apabila kita bersuara. (Jamali) siap berkata, 'kalau tak boleh ikut cara Rapid, sila pilih pintu besar (letak jawatan)," ujar sumber awal pagi tadi menerusi telefon.

Sumber berkata, urus kewangan Rapid Pulau Pinang yang didakwa berunsur penyelewengan adalah bertentangan dengan polisi 'Cekap, Akauntabel, Telus' (CAT).

"Aduan kepada CEO banyak kali buat. Mungkin selepas ini, kita nak jumpa Ketua Menteri (Lim Guan Eng) atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"Urus tadbir yang tiada integriti sampai menjejaskan jadual masa trafik bas sampai dua tiga jam lewat," tegas sumber.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus