Skip to main content

Punca Bajet 'Minta Nyawa' 2013 umum pengecualian cukai 10 tahun di Tun Razak Exchange

UNTUK menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa datang melabur ke Tun Razak Exchange (TRX) yang dulu dikenali sebagai Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), pengecualian cukai selama 10 tahun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 'Minta Nyawa' 2013 pada petang semalam.

Kalau Rantau Panjang yang melaksanakan insentif ini, mungkin wajar kerana itu kawasan luar bandar jika dihitung jauh dari geo-bisnes Kelantan hatta Malaysia sendiri.

TRX ini di tengah-tengah Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia.

Sepatutnya kedudukan itu cukup untuk meletakkan potensi yang ada setaraf dengan ibu negara Singapura, Singapura dan negara-negara jiran yang lain.

Mengapa Najib yang juga Menteri Kewangan terpaksa membuat tawaran yang begitu lumayan di TRX?

Jawapan banyak dan tentu boleh dicongak oleh kita semua. Salah satunya, iaitu Kerajaan Umno Barisan Nasional tidak mampu berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju lain dengan menjadikan nilai integriti negara serta kebolehan pasaran domestik sebagai prospek sandaran untuk menarik pelabur asing ke tanah air ini.

Tak perlu lah saya menjejaskan mengenai rekod rasuah dan skandal penyelewengan dana negara membabitkan ahli politik pemerintah; kerana semua kita sedia maklum.

Apa khabar "Greater KL"? Apa khabar NFC? Apa khabar kapal selam Scorpene?

Ini semua merupakan antara skandal yang menarik perhatian global sebelum ini.

Langkah yang diumumkan Najib itu sekaligus seakan menunjukkan rakyat terbanyak di negara ini bukan keutamaan dalam Bajet 'Minta Nyawa' 2013.

Setuju?

Zainulfaqar Yaacob
Fotojurnalis / Blogger
George Town, Pulau Pinang

+60194241583
faqar.blogspot.com | penanginsight.com
No.A/C 164258481533 (Maybank2U) & 14171020182480 (Bank Islam)