 |
ANTARA yang sempat dirakamkan lensa kawan, DARWINA Mohd. Daud dan saya semasa memenuhi jemputan ke acara promosi Juadah Nostalgia @ Amari SPICE di sini pada petang tadi. |
BERSUA Ramadan tidak lama lagi, Amari SPICE Penang dekat Bayan Baru sekali lagi membawa suasana berbuka puasa yang meriah dan penuh nostalgia.
Bermula pada 7 hingga 28 Mac 2025 ini bertempat di Amaya Food Gallery di Tingkat 4 hotel terkenal berkenaan, Juadah Nostalgia Buffet Dinner ada menyajikan bermacam-macam menu menarik.
 |
TAK menang tangan chef demi tetamu di sini. |
Mereka yang bertandang ke sini pastinya berpeluang merasai air tangan chef terkemuka, Chef Azmi Ariffin atau mesra dipanggil ‘Chef Benny’, yang menyajikan pelbagai makanan tradisional Malaysia termasuk sajian selera antarabangsa setiap hari.
Antara juadah istimewa yang pastinya memikat selera semua adalah 'Gulai Kawah'; ‘Rendang Mania’ iaitu variasi rendang dari 'Rendang Daging Tok Perak'; 'Rendang Ayam Hijau Sempadan Siam'; 'Rendang Itik Negori' hinggalah 'Rendang Paru Lembu Palembang'.
Turut disajikan pilihan istimewa seperti 'Josper Texas Lamb Shank'; 'Kambing Golek'; 'Sate'; 'Capati'; 'Roti Bakar Berlauk'; 'Sup Gear Box' dan pelbagai makanan laut bakar bersambal.
Kembali atas permintaan ramai, pastinya 'Shawarma Turkiye'.
Sebagai pembuka selera, pengunjung boleh merasai jeruk asli dari Pulau Pinang seperti Jeruk Pak Ali dan rojak buah.
Tidak cukup dengan itu, ada macam-macam menu tambahan lain untuk dinikmati antaranya seleksi pelbagai cucur goreng; apam balik; serawa dan manisan; kuih-muih tradisional Melayu; kuih Nyonya dan buah Melaka istimewa, dibuat secara 'live' oleh Kak Asmaa.
Jangan lupa merasai keenakan teh tarik panas yang disediakan oleh Mamu Misai dan bertemu sapa dengan 'Roti Man' sambil memilih kudapan kegemaran zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu.
 |
DI tangan kanan penulis, Zainulfaqar adalah sup ‘gearbox’, sementara cendol istimewa di tangan kiri. Sedap! |
Berapa harganya?
Bagi mereka yang tempah awal dengan bayaran penuh sebelum 7 Mac ini, adalah RM148 seorang!
Berbaloi?
Mestilah berbaloi!
Sebab, harga biasa adalah RM168 seorang.
Lagi?
Warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas, RM128 seorang; sementara kanak-kanak (6 hingga 12 tahun) hanya RM118 seorang.
Apa kelainan berbuka puasa di Amari SPICE Penang ini?
Di Amari SPICE Penang ada persembahan pentas dan muzikal oleh bakat tempatan, Aida dan kawan-kawan.
Nak solat?
Jangan bimbang, surau berasingan yang selesa disediakan di Tingkat 4 dan 5 dan mampu menampung sehingga 450 orang pada satu-satu masa, jadi tidak perlu risau jika anda berbuka puasa ramai-ramai di sini secara berkumpulan.
Oh ya, tempahan berkumpulan juga ada ya.
Tunggu apa lagi? TEMPAHLAH SEKARANG!
Info lanjut :
π Tempahan Bufet Ramadan
π₯️ Tempahan terus: https://bit.ly/4aM51Fr
π±WhatsApp : +6012 956 1030
π§ Emel : fnb.penang@amari.com
π Tempahan Penginapan - Jom Stay and Savour!
π₯️ Tempahan terus : https://bit.ly/42LDLot
☎️ Telp. No. : +604 683 1188
π§ Emel : reservations.penang@amari.com

Psssttt! Terdapat potongan harga sehingga 35 peratus bagi tempahan bermula sekarang sehingga 29 Mac 2025 dan tempoh menginap dari 1 hingga 30 Mac 2025.
Ingat Ramadan, ingat Juadah Nostalgia Buffet di Amari SPICE Penang..!