27 August 2012

Guan Eng nasihat runding semula dipersetujui pemaju, penduduk Kg. Batu Uban

WAKIL Era Kemas menyerahkan surah persetujuan untuk merunding semula dengan penduduk kepada Lim Guan Eng sambil diperhatikan oleh Mansor Othman (tengah) serta dua wakil pemaju lain. | Gambar: BM
PEMAJU, Era Kemas akhirnya bersetuju untuk berunding semula dengan kesemua 22 penduduk Kampung Batu Uban seperti yang dinasihatkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Persetujuan itu sekaligus membatalkan notis pengosongan rumah dalam masa 14 hari yang diserah kepada penduduk 18 Ogos 2012, iaitu sehari sebelum Hari Raya Puasa. 

"Terima kasih YB (Guan Eng) kerana 'masuk' dalam hal ini dan saya menerima nasihat untuk menarik balik surat itu (notis pengosongan rumah)," kata wakil pemaju berkenaan dalam satu sidang media bersama Guan Eng di Komtar, George Town baru-baru ini. 

Hadir bersama, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman, S.Raveentharen (Ahli Dewan Undangan Negeri/ADUN Batu Uban), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (ADUN Batu Maung), Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak) dan Datuk Mohd. Salleh Man (ADUN Permatang Pasir merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP). 

Menuurt wakil pemaju, pihak peguamnya akan menghantar notis susulan kepada penduduk berwajib bagi membatalkan arahan mengosongkan tanah kampung berkenaan yang dijadualkan pada 31 Ogos 2012, iaitu pada Hari Kemerdekaan sebelum ini. 

Sebelum pada itu, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah campurtangan dalam perbincangan membabitkan pemaju dan kesemua penduduk berkenaan. 

Namun, beliau berkata, Kerajaan Negeri berpendapat bahawa pemaju tidak patut menyerahkan notis sulung itu sehari sebelum Aidilfitri dengan penduduk diarah keluarga sebelum Hari Kemerdekaan.

"Pemaju telah bersetuju bahawa surat (notis) tersebut akan ditarik balik dan mereka (pemaju) akan berbincang dengan penduduk, yang selama ini Kerajaan Negeri tak campur tangan. 

"Kerajaan Negeri mula campur tangan apabila surat 'paksa pindah' ini diserahkan sehari sebelum (hari) raya dan (penduduk diarah) berpindah sebelum Hari Merdeka," ujar Guan Eng. 

Terdahulu, kebimbangan kesemua penduduk berkenaan dipanjangkan kepada Guan Eng dan Mansor melalui Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim. 

Penduduk sebulat suara berpendapat bahawa mereka akan mengosongkan rumah masing-masing selepas diberi rumah transit oleh pemaju. 

Ekoran itu, penduduk bersama-sama Guan Eng memberi 'kata dua' kepada pemaju, iaitu bersedia menghadapi halangan dari penguatkuasa negeri jika mahu merobohkan kediaman di kampung tersebut. 

Kontroversi tersebut berakhir apabila pemaju dan penduduk masing-masing bersedia menerima cadangan Kerajaan Negeri untuk duduk berbincang serta mencari jalan penyelesaian secara bersama. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus