08 March 2012

'Pak Sheikh Muka Buku' sahut cabaran debat JATi pertahan tahulluf siyasi PAS-Pakatan

Pak Sheikh Muka Buku atau nama sebenarnya Wan Ji Wan Hussain al-Bakistani (kiri) menyahut cabaran Ketua Penerangan JATi, Ustaz Hasan Basri untuk berdebat mengenai ijtihad PAS mengadakan tahalluf siyasi (muafakat politik) dengan PKR dan DAP atas nama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Umno BN di pilihan raya umum ke-13.

Wan Ji menyatakan kesediaan itu sebagai reaksi terhadap Hasan Basri dalam ceramah Jati di Gombak pada  5 Mac lepas antara lain mencabar mana-mana Ustaz PAS untuk berdebat isu tahalluf siyasi tersebut.

"Hasan basri (JATI) cabar ust2 pas debat ttg tahaluf siyasi. Sbgi org yg berkeahlian pas, aku bersedia sambut cabaran tu," tulis Wan Ji di dinding Facebook (bawah).

Cabaran Hasan (kanan) itu adalah senada dengan pendiri JATi Datuk Dr Hasan Mohd Ali (bekas ahli PAS merangkap bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor) yang belakangan ini dilihat senada dengan Umno dalam mempertahankan Raja, Islam dan Melayu (3R) dengan menyerang pemimpin PAS serta Pakatan Rakyat.

Wan Ji yang dikenali sebagai ahli biasa PAS sebelum ini pernah berdebat dengan ulama muda Umno bernama Ustaz Fathul Bari bagi mempertahan ijtihad PAS dalam isu Hukum Menegur Pemirintah Islam Umno. [lihat youtube di bawah]

Beliau yang giat dalam penulisan buku dan berblog [http://g-82.bloggspot.com] turut giat menjawab isu-isu mengenai fiqh moden di facebook sehingga dikenali sebagai Pak Sheikh Muka Buku.

Iltizam politik kedua-dua pihak untuk membincangkan baik dan buruk tahalluf siyasi terhadap akidah umat Islam itu membawa Nota Kecil menghubungi badan bebas Free Public Forum yang berpengkalan di ibunegara.

Salah seorang pendirinya, Sheikh Umar Bagharib memberitahu bahawa pihaknya bersedia menghubungi kedua-dua pihak bagi mengatur debat ilmiah dalam masa terdekat.

"Setakat ini, Ustaz Wan Ji baru dihubungi dan telahpun menyatakan kesediaan untuk berdebat. Kita sedang menghubungi Ustaz Hasan Basri untuk mendapat respons lanjut," ujarnya.

Beliau berkata, tajuk debat yang dicadangkan adalah SELAMAT AKIDAH UMAT ATAU TAHALLUF SIYASI DENGAN KAFIR?

Nantikan!

 



IKLAN

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus