07 March 2012

Melayu Tanjong Tokong bersama Kerajaan Negeri hadapi Uda, Umno P.Pinang


TiNDAKAN Kerajaan Negeri Pulau Pinang menasihat pemaju Uda Holdings Berhad supaya menerima cadangan menjadikan sebahagian tanah Tanjong Tokong sebagai 'Jalur Warisan' mendapat reaksi positif daripada penduduk.

Cadangan itu diutarakan oleh Badan Bertindak Warisan dan Pembangunan Semula Tanjong Tokong (Bapak) di bawah pimpinan  Cikgu Mohd Salleh.

Tetapi, Uda yang ditubuhkan di bawah kerajaan Barisan Nasional Umno pusat didakwa terus berdolak dalih mengenai tuntutan itu dan dikatakat lebih mengejar pembangunan komersial yang menguntungkan.

Penduduk yang ditemui Nota Kecil menegaskan bahawa mereka tidak pernah menolak pembangunan semula bandar dengan syarat Melayu bandaran tidak dipinggirkan.


Pesara, Mahmud Yusof (kiri), 57, berkata, cadangan menjadikan Kampung Tanjong Tokong sebagai 'Kampung Warisan' adalah wajar memandangkang kampung tersebut dikatakan antara kampung tertua di Pulau Pinang.

"Kampung ini antara kampung paling tua di pulau, takkan kita nak biarkan ia begitu sahaja (sehingga) ia jadi setinggan.

"Harapan saya satu, kerajaan negeri (Pulau Pinang) berperanan lebih hebat supaya (pembangunan) Uda boleh imbang antara tradisi dan moden," ujarnya yang juga bekas pengurus kanan Petronas.

Nada yang sama turut disuarakan oleh dua warga emas yang ditemui Buletin Mutiara.

Pesara, Zahiruddin Hashim, 73, menyuarakan rasa sedih dengan layan Uda.

"Mujur Ketua Menteri (Guan Eng) minta Uda hormati cadangan Bapak.

"Pakcik dulu suka dan gembira tetapi sekarang susahlah dengan Uda. Kita nak hak yang istimewa, bukannya janji mulut daripada Uda (yang) tiada hitam puteh," ujarnya.

Pesara, Tajuddin bin Ishak, 68, turut menyuarakan rasa sedih.

"Sedih lah. Duduk di sini dah lama dah. Mengapa projek komersial (oleh Uda) beri flat kecil-kecil saja. Patut terima cadangan Bapak (dengan) gazetkan 'Jalur warisan Melayu'," ujarnya.

Semua pendedahan ini selepas Nota Kecil mendedahkan dua entri secara eksklusif sebelum ini, iaitu  Melayu Tanjong Tokong anggap Uda, Umno khianat dan Umno diam lihat Melayu Tg Tokong musnah?


Pendedahan demi pendedahan ini sekaligus seakan menyerlahkan sikap munafik Umno Pulau Pinang kononnya membela rakyat marhaen Melayu terbanyak di negeri berkenaan. -END


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus