Pengarah program debat, Syed Mikael Rizal Aidid berkata pejabat Nor Mohamed sendiri tidak memberi apa-apa maklum balas mengenai cabaran debat sehingga 7 Februari lepas.
Sedangkan katanya, pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga 10.30 malam tersebut terus mengesahkan kehadiran Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP ke majlis debat itu.
"Kami masih menaruh harapan yang tinggi (bahawa) beliau akan hadir, dengan anggapan beliau kemungkinan besar akan hadir memandangkan debat ini diadakan di kubu kuatnya sendiri (Parlimen Tasek Gelugor).
"Nor Mohamed (kiri) lantang mengatakan ekonomi negara akan runtuh jika tol dimansuhkan...bila (Nor Mohamed) senyap itu tandanya bersetuju (menyertai debat," ujar Syed Mikael di blog SharpShooterBlogger.
Debat tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Pemuda Penang) di Dewan Sungai Dua, Tasek Gelugor.
Syed Mikael (kanan) berkata, tujuan debat perdana itu diadakan antara lain demi memperkenalkan budaya politik baru dengan memberikan ruang sama adil kepada tokoh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di negeri berkenaan untuk mengemukan hujah masing-masing mengenai baik buruk memansuhkan tol lebuh raya.
Sehingga jam 10.30 malam, dilaporkan, lebih 2,000 hadirin rata-ratanya Melayu menanti kemunculan Nor Mohamed.
Apa yang berlaku pada malam tersebut, menurut Syed Mikael sekaligus menolak tuduhan Ketua Pemuda Umno Tasek Gelugor, Hasbul Hazani Daud kononnya Pemuda Penang cuba memalukan "boss"nya.
"Hasbul mahu mempertahankan bossnya (Nor Mohamed) dalam hal ini dengan mengatakan laporan polis yang dibuatnya adalah demi kebenaran dan membersihkan nama Nor Mohamed.
"Namun, kebenaran sebenar yang perlu ditegakkan adalah dengan beliau berhadapan sendiri dengan pengundi-pengundi dalam Parlimen Tasek Gelugor dan berani bertanggungjawab di atas kenyaaannya (ekonomi negara akan runtuk jika tol dimansuhkan)," ujarnya.
Debat itu kemudiannya ditukar menjadi pentas pidato Pemuda Penang selain gimik pelancaran jentera pilihan raya umum ke-13.
Selain Syed Mikael, Ketua AMK Amir Ghazali, Ng Wai Aik (Setiausaha DAPSY), Ustaz Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang), Afnan Hamimi Taib Azzamudin (Setiausaha Pemuda PAS Negeri) dan R.S.N Rayer (Exco DAPSY Negeri) antara pemimpin muda yang mengisi pentas pidato.
Dalam perkembangan yang sama, penganjur menerima insiden bangkai ayam berdarah pada awal pagi hari yang sama sebelum debat itu dilangsungkan.
Pemuda Umno didakwa dalang di sebalik insiden berunsur provokasi tersebut berdasarkan insiden Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota, George Town Ahad lepas. [Lihat youtube di bawah]
Debat terbuka itu dicetuskan oleh Pemuda Penang ekoran Nor mendakwa Malaysia akan bankrap jika cadangan Guan Eng untuk menghapuskan tol PLUS dilaksanakan kelak. -END
No comments:
Post a Comment