29 February 2012

Bilik Gerakan AMK Permatang Pauh terima 'bangkai ayam berdarah'?

SAKSi Fathilullail bin Jaafar Sidek beri maklum balas kepada Amir Ghazali.

BANGKAi ayam berdarah yang  dijumpai tergantung di pagar Bilik Gerakan AMK Permatang Pauh awal pagi tadi menggamit pelbagai tanda tanya.

Aktivis AMK merangkap Penyelaras KADUN Seberang Jaya, Abdul Jalil Che Ros (kanan) ketika dihubungi berkata, perbuatan tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan debat terbuka malam ini yang membabitkan tokoh kerajaan dan pembangkang.

"Saya tidak tuduh pemuda Umno yang melakukan provokasi ini walaupun di kalangan mereka dikesan melakukan beberapa tindakan provokasi termasuk menyerang dua wartawan akhbar Cina 'Khong Wah Jit Poh' (Adam Chews dan Lee Hong Chun) dalam Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota (George Town) pada Sabtu lepas.

"Tindakan provokasi dengan meletak bangkai ayam berdarah di sini mungkin provokasi pihak pembangkang kerana bilik gerakan (AMK) ini merupakan sekretariat program debat malam ini," ujar beliau.

Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali (kiri) yang dihubungi kemudian berkata, debat "Malaysia Bankrap Jika Hapus Tol" bagaimanapun tetap diteruskan walaupun menerima provokasi daripada pihak tertentu yang dikaitkan dengan pemuda Umno di negeri berkenaan.

"Debat ini akan tetap diteruskan. Jika provokasi ini datang dari pemuda Umno sendiri, diharap semua ini dihentikan.

"Ini Malaysia, Ini Pulau Pinang. Kalau boleh, seluruh rakyat Pulau Pinang bersatu untuk menjadikan 'Pulau Pinang Harapan Malaysia'. Baik pembangkang (Barisan Nasional) atau kerajaan (Pakatan Rakyat) seharusnya boleh menerima perbezaan pendapat dalam isu tol atau apa jua isu melalui pentas-pentas debat sebegini," ujarnya.

Disebabkan itu, beliau berkata, beliau yakin bahawa rakyat yang terdiri pelbagai kaum di negeri berkenaan tidak akan terpengaruh dengan beberapa aksi provokasi yang dikaitkan dengan pembangkang belakangan ini.

"Insya-Allah, rakyat mahukan keharmonian, bukan provokasi sebegini jika ia dilakukan oleh pemuda Umno sekalipun," ujarnya.

Debat pada malam ini dijadualkan antara Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Debat terbuka ini dicetuskan oleh Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Pemuda Penang) ekoran Nor mendakwa Malaysia akan bankrap jika cadangan Guan Eng untuk menghapuskan tol PLUS dilaksanakan kelak. -END


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus