Rumah ibu tunggal empat anak terbakar, terima bantuan wakil Amanah

MOHD. Naqi bin Md Ali (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa kebakaran di sini pada hari kejadian, 17 Julai 2025.

SEORANG ibu tinggal bersama-sama empat anak dengan sekelip mata sahaja hilang tempat berteduh apabila bahagian unit kediaman mereka di Lorong Shahbandar 8, Bertam, Kepala Batas musnah terbakar akibat litar pintas. 


Tuan Haji Mohd Naqi bin Md Ali yang lebih mesra dipanggil ‘Mamu Rashid’ memberitahu bahawa kejadian itu berlaku kira-kira 1 pagi semalam (17 Julai 2025). 


“Kebakaran tersebut telah memusnahkan keseluruhan bahagian dapur rumah mangsa, manakala jelaga tebal turut menjejaskan ruang lain. 


“Bekalan elektrik terpaksa diputuskan demi keselamatan,” jelasnya yang juga ALP Zakat MAINPP menerusi telefon.


Kata Ketua Biro Kebajikan Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Pulau Pinang itu lagi, kesemua mangsa sudah pun dipindahkan ke inap desa dekat Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas. 


“Alhamdulillah, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), beberapa Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Zakat MAINPP (Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang) dan Pejabat Daerah dan Tanah (Seberang Perai Utara, SPU) telah hadir ke lokasi kejadian bagi menyampaikan sumbangan bantuan,” jelasnya lagi. 


Comments