Jana elektrik guna sumber nuklear membolehkan rakyat teramai nikmati tarif lebih murah

PENULIS (kiri sekali) merakamkan gambar kenangan bersama-sama para perwakilan Mesyuarat Tahunan Umno Bahagian Batu Kawan 2025 di Hotel Pearl View, Perai baru-baru ini.


SEBENARNYA Malaysia pernah meneroka potensi memperkukuh industri tenaga negara dari sumber nuklear sebelum Kerajaan Persekutuan era Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bulan Mei 2018.

Pada tahun 2008 hingga 2010, pentadbiran Perdana Menteri Ke-6 Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menjalankan kajian berkaitan dan pernah dilaporkan berkata bahawa Malaysia tidak menolak kemungkinan untuk menjadikan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif negara pada masa hadapan.

Pada tanggal 5 Mei 2010, Najib yang juga Menteri Kewangan waktu itu mengumumkan bahawa Kerajaan Malaysia melaksanakan kajian kebolehlaksanaan untuk memahami aspek teknikal, kos dan keselamatan jika loji tenaga nuklear untuk kegunaan domestik dimajukan.

Katanya lagi, projek penerokaan tersebut diteruskan, loji nuklear dijangka siap dalam tempoh 12 hingga 15 tahun (2021-2024).

Najib, pada tanggal 11 Januari 2011, antara lain mengumumkan Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi menggerakkan kajian ke arah pembinaan loji nuklear.

Pun begitu, PRU14 menyaksikan Umno BN tewas dan gagal menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri Ke-7 Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai Kerajaan Persekutuan era Pakatan Harapan pasca PRU14 telahpun mengumumkan bahawa Malaysia tidak akan menggunakan tenaga nuklear atas dalih isu keselamatan dan pengalaman silam berkaita radioaktif.

Terhenti sejak tahun 2018 projek penerokaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif masa depan negara, semalam isu ini ditimbulkan semula.

Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu Harian Metro berkata Malaysia belum membuat sebarang keputusan untuk melaksanakan tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada campuran tenaga dan masih pada peringkat kajian dari sudut kesesuaiannya.

Beliau memberitahu respons itu kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2025 di sini pada 15 Julai 2025.

Menyentuh soal tenaga pada masa depan, sepatutnya lebih murah, hijau dan stabil untuk memenuhi keperluan hidup rakyat.

Saya memberitahu perkara itu semasa saling berbincang bersama-sama pada perwakilan Persidangan Tahunan Umno Bahagian Batu Kawan 2025 dekat Pearl View Hotel, Perai baru-baru ini.

Kata saya, pada 29 Ogos 2023, Perdana Menteri Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar bin Ibrahim melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) yang konon-konon sebagai pelengkap paksa Dasar Tenaga Negara serta boleh menyegerakan aspirasi Malaysia ke arah pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

Di bawah NETR, digariskan enam pemacu utama, antaranya tenaga boleh diperbaharui (RE), hidrogen, mobiliti tenaga serta pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Sebab obsesi Malaysia pada pelaburan langsung asing (FDI) sampai tidak kisah jika kilang yang menjana pelepasan gas karbon dioksida yang ternyata mencemar udara, sampai Rang Undang-Undang (RUU) CCUS dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 6 Mac 2025.

Namun, tenaga nuklear sebagai sebagai sumber tenaga alternatif masa depan negara, yang pernah diusahakan oleh pemimpin Umno sebelum PRU14, tidak dimasukkan pun dalam NETR.

Sebagaimana pernah saya kongsi dengan rakan-rakan perwakilan Mesyuarat Tahunan Umno Bahagian Batu Kawan 2025 lepas, dalam posting ini, akan saya kongsikan beberapa sebab kena Malaysia patut meneruskan penerokaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif masa depan negara;

• Lebih Bersih

Hampir tiada pelepasan karbon kalau Malaysia beralih kepada sumber tenaga nuklear.

Tenaga nuklear lebih bersih berbanding dengan arang batu atau gas asli yang menjana berjuta-juta tan karbon dioksida setiap tahun.

Ini, menjadikan nuklear antara penyumbang terbesar pada matlamat natural carbon (net zero).

• Lebih Hijau

Ya! Ia, memag idak perlukan kawasan besar dan tidak mencemarkan udara

Loji nuklear hanya memerlukan kawasan kecil berbanding ladang solar atau turbin angin besar.

Betapa hijaunya tenaga nuklear sampai tidak menghasilkan asap, sulfur, nitrogen oksida, atau partikel halus (PM2.5) yang mencemarkan udara dan menyebabkan penyakit paru-paru.

Selain itu, sisa buangan nuklear adalah sangat kecil kuantitinya, walaupun perlu disimpan dengan selamat.

Kos Lebih Murah Dalam Jangka Panjang

Kos pembinaan awal sesebuah loji jana tenaga nuklear memang tinggi, tetapi selepas itu kos operasinya sangat rendah dan stabil untuk puluhan tahun (20–60 tahun operasi).

Ia, tidak terjejas dek turun naik harga minyak dunia atau cuaca (tidak seperti solar atau angin).

Dan, paling penting, rakyat teramai mempunyai peluang untuk menikmati harga elektrik yang lebih stabil dan murah dalam jangka panjang hasil janaan sumber tenaga nuklear.

Kapasiti Stabil dan Konsisten (Baseload)

Tenaga nuklear beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, tidak seperti solar yang hanya siang atau angin yang bergantung pada cuaca.

Justeru, ini menjadikan tenaga nuklear amat sesuai sebagai bekalan asas (baseload) untuk menyokong sistem tenaga negara.

Lebih Produktif

1 gram uranium boleh hasilkan tenaga sama seperti 1 tan batu arang — tenaga lebih padat dan efisien.

Ini mengurangkan kebergantungan pada import bahan api fosil, dan menyumbang kepada keselamatan tenaga negara.

KESIMPULAN

Sekarang, lebih 40% hingga 45% elektrik negara dijana guna arang batu; contoh oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) sendiri seperti di Loji Jimah, Manjong.

Malaysia import lebih 90% arang batu dari Indonesia, Australia dan Russia.

Oleh kerana harga arang batu dunia tak boleh dikawal, memaksa kos penjanaan elektrik negara pun tak tetap.

Kalau naik, sudah tentu memaksa kenaikan tarif bagi menampung kos penjanaan elektrik oleh TNB.

Jadi, Imbalance Cost Pass Through (ICPT) diperkenalkan sebagai mekanisme pelarasan kos bahan api dalam tarif elektrik:

“Kalau harga arang batu dan gas naik, ICPT dikenakan (surcharge). Kalau kos turun, ICPT mungkin negatif (rebate) yang mana disemak setiap 6 bulan sekali oleh Suruhanjaya Tenaga.

“Bayangkan kalau pelan peralihan tenaga (elektrik) dijana guna sumber nuklear, tidak payah lagi bergantung pada ICPT dan sebagainya (yang mana) sumber tenaga boleh dinikmati oleh rakyat pada harga lebih murah untuk suatu jangka masa panjang.

“Itu pun, kalau Umno kembali mendominasi Kerajaan Persekutuan, usaha memperkukuh industri tenaga negara dari sumber nuklear yang diteroka sejak zaman Najib Razak diteruskan kelak,” jelas saya kepada kawan-kawan perwakilan.

Comments