URA belum digubal tapi Melayu Kampung Sungai Baru KL dijangka diusir menjelang Aidilfitri

RAFIDAH Ibrahim berdiri di hadapan tempat beliau membesar bersama-sama adik-beradik yang lain, penduduk Kampung Sungai Baru yang terlibat dengan Akta Perngambilan Balik Tanah 1960 (APT 1960) menerusi Notis Pengosongan Premis berkuatkuasa Rabu ini beberapa hari menjelang perayaan Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam.

BELUMPUN Akta Pembaharuan Semula Bandar digubal dan digazetkan, rakyat Malaysia menyaksikan satu lagi usaha pengusiran secara paksa orang-orang Melayu dari tempat tinggal mereka di bandar.

Pemilik akaun facebook, Raziq Micheal hari ini mendedahkan Penduduk Kampung Sungai Baru dijangka dihalau keluar pada hari Rabu ini – hanya beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri.

“Tujuh ekar tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur kini berisiko hilang daripada pemilikan orang Melayu, sekali gus menyingkirkan mereka dari ibu kota.

“Pemaju pula bertindak rakus, memanipulasi ruang undang-undang demi keuntungan sendiri, dengan sokongan tekanan politik daripada pihak yang berkuasa melalui majoriti tipis namun bernafsu untuk terus berkuasa.

“Masih ada pemilik yang enggan berpindah, namun mereka dipaksa tunduk kepada desakan pemaju.

“Lebih membimbangkan, semua ini berlaku walaupun RUU URA masih belum diluluskan. Apa akan jadi selepas ini sekiranya had persetujuan pemilik dikurangkan dan tawaran pampasan yang tidak setimpal dijadikan kewajipan?.”

Berita adalah tangkap layar penuh daripada facebook pihak berkenaan.


RAFIDAH Ibrahim (kiri sekali) dan beberapa wanita lokal mengangkan plakad memprotes pengusiran paksa yang dilakukan oleh rejim pemerintah hari ini.

 

Berita Berkaitan:

        Ku Li gesa URA tak pinggirkan Melayu bandar

Comments