Umno terus kutuk kekejaman Zionis, sedih lapan petugas MAPIM terkorban

LAPAN pertugas misi kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang terkorban dalam serangan udara kejam di wilayah bergolak Gaza, Palestin baru-baru mendukacitakan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden Umno Malaysia menzahirkan perasan itu menerusi lapan facebook peribadinya baru-baru ini.

Pemergian mereka, menurut Ahmad Zahid, adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada MAPIM, tetapi juga kepada seluruh umat yang memperjuangkan keadilan dan kemanusiaan.

Zahid juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak berperikemanusiaan yang berlaku di Gaza dan menyeru agar masyarakat antarabangsa tidak berdiam diri terhadap kekejaman yang berterusan di bumi Gaza.

“Marilah kita terus berdoa, bersolidariti dan menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam apa jua cara yang termampu. Semoga roh para syuhada ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya lagi.

Serangan yang mengorbankan lapan petugas kemanusiaan MAPIM ini menambah kepada rentetan kekejaman yang sedang berlaku di Gaza, yang turut mendapat perhatian dan kecaman antarabangsa.

Comments