Anwar mempengerusikan mesyuarat bersama pimpinan tertinggi KPT.
EMPAT hari lepas Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membentangkan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kadar pembayaran balik tanpa membebankan peminjam, lapor Berita Harian.
Anwar yang juga Menteri Kewangan bertindak sedemikian selepas warganet mengitarkan semula pelbagai janji politiknya semasa mengetuai blok parti pembangkang, Pakatan Harapan (PH) dulu.
Lewat malam tadi, sedang sibuk mengemas rumah, saya mendapat panggilan telefon daripada seorang kawan lama.
Bukan ahli politik mana-mana parti, tetapi obses dengan perkembangan politik ekonomi negara.
Menyorot sejarah, kata kawan, salah satu kesilapan terbesar pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak adalah menyekat mereka yang culas membayar balik pinjaman PTPTN ke luar negara.
Bukan setakat mereka yang berkenaan sahaja marah, malah mereka yang ada kepentingan dengan para peminjam PTPTN pun turut marah.
Anwar yang mengetuai Pakatan Harapan (PH) sepanjang musim pilihan raya pada waktu itu mengayuh isu ini.
Beliau berjanji nak hapuskan PTPTN.
Akibatnya, Umno BN buat kali pertama tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 5 Mei 2018.
Antara perkara pertama rejim Pakatan Harapan di bawah Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad buat selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan adalah membatalkan langkah sekatan perjalanan para peminjam PTPTN ke luar negara.
22 bulan PH dan Mahathir memerintah, rejim kemudiannya jatuh dan berpindah tangan pula kepada Perdana Menteri Ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pentadbiran Muhyiddin pun sedar kesan berantai jika menyekat perjalanan para peminjam PTPTN waktu itu dan tidak berlawan arus macam rejim Anwar sekarang.
Pentadbiran Perdana Menteri Ke-9 Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri pun tidak melaksanakan kembali ‘polisi gila’ iaitu menyekat perjalanan para peminjam PTPTN yang culas ke luar negara.
Pentadbiran Anwar yang berkali-kali mengaku ada formula dalam isu lambakan hutang PTPTN, baru-baru ini boleh mengambil risiko berlawan arus?
Apa perasaan korang apabila baca mesej papan tanda seperti di atas?
Pada 13 Mac 2025 lepas, telah saya tulis Culas bayar balik PTPTN disekat ke luar negara, seeloknya kaji pendirian pemuda Umno.
Dalam hantaran itu, telah saya muatkan juga cadangan seorang Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, dari negeri Pulau Pinang.
Sdr. Syauqi Ibni Hajar antara lain pernah mencadangkan pemotongan 1/3 atau 2/3 daripada caruman pekerja yang dibuat secara mandatori kepada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bolehlah saling kolaborasi dengan KWSP untuk memastikan pembayaran balik pinjaman pendidikan kepada PTPTN secara efektif.
Secara efektif ertinya ada pergerakan pembayaran balik bagi pihak peminjam kepada PTPTN, sama ada secara sukarela ataupun ‘paksa rela’ melalui akaun tiga KWSP umpamanya.
Tak payah sebut cadangan ini sebagai ‘formula’ ala Anwar pun, bagi saya, ia workable.
Nak meminda akta berkaitan KWSP bagi membolehkan proses pembayaran efektif sebegini takkan tak boleh buat, kalau sebelum ini Kerajaan boleh mempelbagai guna akaun 3 KWSP untuk memenuhi keperluan berwajib lain.
Berbalik pada isu kegagalan pentadbiran Anwar Ibrahim mengenakan formula yang workable hatta terpaksa mengarahkan PTPTN pula mengemukakan cadangan penambahbaikan kaedah kutipan balik hutang asalkan tidak membebankan peminjam berkenaan, bagi saya itu semua adalah sembang politik untuk cover line semata-mata.
SENDIRIAN saya di Ruang Untuk Anak ‘Saltan’ (RUAS) di tengah-tengah Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town beberapa malam lepas, sambil telesidang dengan beberapa rakan mengenai isu peminjam PTPTN culas disekat perjalanan ke luar negara.
Saya seorang yang dialektik. Saya percaya bahawa perubahan berlaku secara dialektik.
Proses perubahan yang berlaku secara dialektik ini sama ada dalam bersifat pemikiran mahupun kebendaan (materialisme).
Macam dalam isu PTPTN adalah bersifat pemikiran, jadi, proses dialektik yang akan berlaku adalah lebih besar berbanding kalau ia bersifat pemikiran semata-mata.
Baguslah pentadbir PTPTN dan rejim Anwar Ibrahim terus blurrrr. Biar rakyat sedar macam mana kena tipu dengan ahli politik yang zero policy macam PMx hari ini.
Polisi workable yang pernah dibentangkan oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkenaan elok diangkat sebahagian salah satu tawaran parti untuk PRU16 akan datang.
Polisi sebegini bukan sahaja kian dilihat workable, malah mampu menjana sokongan rakyat teramai untuk kembali menyokong Umno BN kelak.
Sebagai ejen parti Umno, saya berasa polisi yang Sdr Shauqi Ibni Hajar pernah kemukakan itu memerlukan polisi sokongan yang lain.
Antaranya Kerajaan Persekutuan perlu memperluas lagi perjawatan dalam sektor awam mengikut keperluan semasa.
Pada masa yang sama, perlu dipertimbang juga pelaksanaan Skim Jaminan Kerja (Job Guarantee Scheme) untuk merosotkan kadar penganguran dari semasa ke semasa.
Polisi ini akan saya jelaskan dalam hantaran lain secara khusus.
Dengan memperbanyak peluang kerjaya termasuk kerja-kerja kontrak, bukan sahaja akan memberi peluang kepada rakyat untuk meningkatkan pendapatan sektor isi rumah mereka.
Malah, Umno BN boleh memberitahu para pengundinya bahawa polisi sebegini adalah salah satu cara lagi untuk sesebuah Kerajaan Persekutuan yang progresif membantu para peminjam PTPTN dan ‘tabung pendidikan negara’ itu meningkatkan kasar pembayaran efektif, secara tidak langsung di luar sektor berkenaan.
Saya mohon mencadang.
Comments
Post a Comment