RUNGUTAN pelbagai pihak belakangan ini berhubung kenaikan harga santan yang dikatakan menyumbang pada kos barang makanan sedikit banyaknya telah mendesak Putrajaya memperbaiki polisi sedia ada mereka bagi menghadapi musim perayaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu kenyataan pada Rabu lepas berkata santan kini diletakkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bertempoh 15 hari yang bermula pada 24 Mac hingga 7 April depan.
Kata Datuk Armizan Mohd. Ali lagi, tiga komoditi lain iaitu bawang merah kecil India, bawang merah kecil India (Ros) dan lobak merah turut diletakkan di bawah SHMMP.
Kini menurutnya lagi, sebanyak 26 barang keperluan diletakkan di bawah skim tersebut berbanding 22 barang pada tahun lepas.
Beliau berkata demikian semasa sidang media berkaitan di Festival Ramadan Putrajaya, lapor Harian Metro.
Comments
Post a Comment