SEBENARNYA hasil kerajaan iaitu cukai yang dikutip dari poket rakyat teramai dan syarikat-syarikat swasta dalam negara ini pun, tidak digunakan untuk tujuan perbelanjaan fiskal secara langsung.
Ini kerana, dalam sistem kewangan moden yang menggunakan mata wang fiat seperti Ringgit, Kerajaan Persekutuan memang mempunyai kedaulatan monetari untuk mencipta Ringgit melalui Bank Negara Malaysia (iaitu Bank Pusat) tanpa perlu bergantung pada kutipan hasil cukai terlebih dahulu.
Fahamnya di sini, perbelanjaan fiskal wujud berdasarkan program fiskal apa yang Kerajaan Persekutuan nak buat.
Sempena menyambut bulan Ramadan Tahun 1446H/2026, andainya Kerajaan Persekutuan mahu menyalurkan peruntukan tambahan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Komuniti (JPKKP) untuk tujuan pengimarahan masjid serta memperkasa ahli kariah, maka perbelanjaan fiskal itu wujud tanpa perlu terlebih dahulu kerajaan ‘memenuhkan kantung kerajaan terlebih dahulu’.
Jadi, kerajaan tak perlu tunggu mengutip ‘wang yang disakau’ atau meningkatkan hasil cukai terlebih dahulu, untuk memperluas program bantuan kepada rakyat teramai.
Kalau saya ejen politik parti pemerintah yang blurr dalan mengadakan polisi fiskal mengikut keperluan rakyat, saya akan cakap macam Perdana Menteri hari ini.
Waktu Allahyarham Tun Razak mengadakan program pembasmian kemiskinan luar bandar untuk bantu rakyat, dengan ubah bukit bukau jadi ladang FELDA dulu, dia kutip duit ‘sakau’ siapa?
No comments:
Post a Comment