[Kapsyen Gambar] GAMBAR lama Najib Razak sebelum dibelenggu tirani besi, hingga kini terus mempunyai pesona politik tersendiri dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk muda-mudi kerana polisi ekonominya yang dilihat jauh lebih releven berbanding dasar ekonomi neoliberal yang dipacu di bawah rejim Perdana Menteri Ke-10 (PMx) Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim hari ini.
MUNGKIN Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pesona politik yang begitu besar, maka mantan Perdana Menteri Ke-6 Malaysia yang kini menjalani hukuman penjara dikecualikan menyertai Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.
Kecuali Najib, seramai 601 banduan dari 34 institusi penjara seluruh negara bakal menikmati PBSL, lapor Malaysiakini hari ini.
“Bagaimanapun, terdapat alasan untuk mempercayai bekas Perdana Menteri, Najib Razak - yang sedang menjalani tahanan di rumah - tidak termasuk dalam senarai banduan yang dibebaskan secara lesen,” lapor portal berita berkenaan.
Menurut sumber, Jabatan Penjara berkata mereka yang terpilih telah digelar sebagai Orang Bebas Berlesen (OBB) setelah memenuhi pelbagai kriteria ketat seperti tingkah laku baik, penglibatan aktif dalam program pemulihan serta pertimbangan risiko keselamatan kepada masyarakat.
Pelaksanaan PBSL dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Akta Penjara 1995 yang membenarkan pelepasan bersyarat kepada banduan bagi tempoh tertentu sebelum tarikh tamat hukuman sebenar.
Pelepasan bersyarat tersebut bukan bersifat mutlak - banduan yang dibebaskan akan terus dipantau dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu oleh pihak penjara bagi memastikan pematuhan dan pencegahan pengilangan kesalahan.
Kerajaan telah giat melaksanakan pelepasan banduan secara lesen sejak tahun 2022, sebahagiannya bagi menangani isu kesesakan dalam penjara.
Najib kini sedang berdepan perbicaraan di mahkamah untuk dibenarkan menjalani tahanan di rumah — sesuatu yang telah diperkenan kepadanya melalui titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu.
Titah tersebut merupakan tambahan (addendum) kepada perintah pengurangan hukuman penjara dan denda dalam kes SRC International — daripada 12 tahun penjara dan denda RM210 juta kepada 6 tahun penjara dan RM50 juta.
Namun begitu, timbul persoalan tentang kesahan titah addendum itu memandangkan ia dikeluarkan di luar mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Dalam pada itu, program PBSL bukanlah sesuatu yang baru, sejak diperkenalkan semula pada Oktober 2020, ia telah memberi peluang kepada ribuan banduan untuk kembali ke pangkuan keluarga secara bersyarat.
Menurut rekod Jabatan Penjara Malaysia, sehingga Mac 2024, seramai 32,268 prospek telah diberikan kelulusan untuk menyertai program ini.
PBSL juga dilihat sebagai satu pendekatan progresif dalam sistem pemulihan, memfokuskan kepada pengurangan kesesakan penjara, pengukuhan hubungan sosial, dan pengurangan kadar jenayah ulangan.
Comments
Post a Comment