Berbual ekonomi menjelang waktu berbuka puasa…
GAMBAR lama dengan sahabat seperjuangan.
Nama glamour-nya, Wani Mukerjee.
Kalau tak salah, gambar lama ini dirakamkan semasa kami jalan-jalan dekat KL Sentral pada 27 November 2018.
Lama tak bertanya khabar tapi pada hari ini, kami saling berbual isu ekonomi menerusi mesej Whatsaap.
Menarik dan seronok!
”Aku bosan sampai aku belek balik nota-nota lama berkaitan ekonomi.”
”Rajin betul.”
“Menurut perspektif Modern Monetary Theory (MMT), betulkah tujuan utama cetak wang adalah untuk merangsang ekonomi?”
Saya beritahu sejujurnya saya tidak pasti MMT ada mengayuh naratif sebegitu.
Kalau syor berkaitan Job Guarantee Scheme, memang acap kali dibahaskan oleh William Mitchell dan beberapa ekonomis MMT sebelum ini.
Skim Jaminan Kerja, akan saya bahaskan dalam hantaran lain.
Sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa, ingin dikongsi beberapa perkara yang saya jelaskan kepada sahabat baik saya itu.
Menjelang waktu berbuka puasa, saya berdoa semoga semua anggota keluarga saya, dan Wani Mukerjee sekeluarga dilimpahi rahmat kesihatan dan dimurahkan rezeki.
Amin.
Selamat membaca.
Selamat berbuka.
Comments
Post a Comment