MULAI 1 Julai depan, Kerajaan berhasrat menaikan tarif air di seluruh negara dengan purata kenaikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya kira-kira 30 peratus.
Agensi persekutuan, Suruhanjaya Perbekalan Air Negara (SPAN) bersama-sama firma operator air berwajib dan Kerajaan Negeri sedang membincangkan syor penstrukturan tarif air tersebut, lapor portal Weirdkaya.
Di Selangor umpamanya, tarif air domestik (untuk meter individu) yang dicadangkan akan diselaraskan seperti berikut:
• 20 meter padu pertama: RM0.57 → RM0.6843 per meter padu
• 21–35 meter padu: RM1.24 → RM1.61 per meter padu
• Lebih 35 meter padu: RM2.55 → RM3.32 per meter padu
Sebagai contoh, bagi isi rumah yang menggunakan 50 meter padu sebulan, bil bulanan akan meningkat daripada RM68.25 kepada RM87.63, iaitu kenaikan sebanyak RM19.38 (tidak termasuk surcaj elektrik).
Pengguna bukan domestik juga akan melihat pelarasan serupa:
• Sehingga 35 meter padu: RM2.62 → RM3.41 per meter padu
• Lebih 35 meter padu: RM2.86 → RM3.72 per meter padu
Bagi perniagaan yang menggunakan 100 meter padu sebulan, bil akan meningkat daripada RM277.60 kepada RM361.15.
Pelarasan tarif air kelak turut akan memberi kesan berantai pada pengoperasi tempat ibadat, badan amal, dan pengguna maritim dengan jangkaan kenaikan 30%.
Bagaimanapun, surcaj elektrik akan kekal pada RM0.08 per meter padu.
Di sebalik hasrat kenaikan tarif, pihak berkuasa berdalih konon-konon bertujuan untuk meningkatkan kestabilan kewangan operator air dan membiayai penambahbaikan infrastruktur.
Contohnya Air Selangor melaporkan jumlah kos sebanyak RM3.51 bilion pada tahun 2023, manakala pendapatan hanya mencapai RM2.82 bilion, menunjukkan jurang antara tarif air dan perbelanjaan operasi.
Untuk memastikan kestabilan bekalan air pada masa hadapan, Air Selangor sedang melabur besar dalam menaik taraf kemudahan.
Ini, termasuk fasa pertama Loji Rawatan Air Sungai Rasau akan menelan belanja RM4 bilion, manakala fasa kedua dianggarkan RM2.14 bilion.
Comments
Post a Comment