31 August 2019

Dr M nak Malaysia kembali bermaruah, Menteri nak eksport rakyat jadi buruh asing di Jepun?



MASiH kita ingat laporan berita Malaysia mahu hantar pekerja kolar biru ke Jepun? 

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran dilaporkan berkata skim itu mencipta 50,000 peluang pekerjaan rakyat Malaysia di Jepun.

Nak tengok maruah pekerja Malaysia di Jepun, secara mudah semacam buruh asing dari Indonesia yang dikerah dalam sektor perlombongan, pembinaan, perniagaan, mekanikal dan kerja-kerja manual lain di tanah air kita.

Walaupun ada buruh Indonesia adalah berstatus buruh terlatih, tapi secara keseluruhan mereka dipandang tidak setara dengan tenaga buruh warganegara (rakyat Malaysia).

Daripada sistem upah buruh, buruh Indonesia dibayar lebih murah berbanding gaji warganegara, tiada SOCSO dan caruman KWSP. 

Secara umum, tenaga buruh mereka disedut sehabis mungkin oleh golongan kapitalis rentier. 

Realiti kebendaan yang semua kita dapat tengok dan sedar mengenai kelas tertindas di kalangan buruh Indonesia, meyakinkan kita mengenai kedudukan maruah mereka yang rendah.

Kalau bermaruah, tentu boleh bekerja di tanah air sendiri serta tidak perlu sampai terpaksa berhijrah ke Malaysia demi sesuap nasi.

Oleh kerana pemerintah Indonesia seakan tiada pelan ekonomi yang bagus, mengakibatkan kadar pengangguran dan tenaga buruh tak aktif kian meningkat, jalan pintas yang ada adalah dengan eksport tenaga buruh negara ke Malaysia. 

Bermaruah? Hmmmm....

Kalau kita faham bagaimana maruah tenaga buruh dari Indonesia dengan upah murah dieksploitasi, kita akan jelas macam mana maruah rakyat Malaysia yang dieksport bekerja di Jepun akan dilihat oleh rakyat negara ‘matahari terbit’ itu kelak.

Gambarannya di sini, polisi nak import rakyat Malaysia sebagai buruh asing di Jepun sebenarnya tidak mengangkat maruah Malaysia yang konon-konon ‘Asian Tiger’.

Betapa tak bagusnya polisi M Kula Segaran ini adalah sama tak bagusnya polisi Menteri Belia dan Sukan melihat GoJek Indonesia mencipta peluang pekerjaan untuk golongan muda-mudi di Malaysia.


Di laman Facebook Kelab Diskusi Ekonomi Rakyat (KADER) ada dikongsi rakaman pendapatan pakar mengenai bahaya perkhidmatan teksi motosikal jika dibenarkan beroperasi di Malaysia. Sumber asal, Astro Awani. Klik di sini.

Dengan tengok polisi Menteri seperti GoJek ala Indonesia dan hasray eksport rakyat Malaysia sebagai buruh asing di Jepun, agak-agak kita lah, menjadikan Malaysia lebih bermaruah atau sebaliknya? 

Hmmmm.... tak bagus tera mana pun.

Sempena Sambutan Ulangtahun Hari Kemerdekaan Ke-62, Tun Dr Mahathir Mohamad antara lain dilaporkan kata dasar Kerajaan untuk jadikan Malaysia bermaruah.

Gamaknya hasrat Dr Mahathir mahu mengembalikan operasi bas mini era 1990-an ke Kuala Lumpur semula, mungkin contoh dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia bermaruah. 

LOL 




No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus