22 August 2019

Bahasa mudah nak faham Job Guarantee Scheme...


DI Pulau Pinang, Sungai Kreh pernah dilaporkan kotor dan kehitaman akibat dicemari najis babi yang dilepaskan dari ladang penternakan haiwan itu di Kampung Selamat dekat Parlimen Tasek Gelugor. | Gambar: Utusan Online, 3 April 2017.


Di United Kingdom, rakyat yang tiada kerja atau menganggur akan dapat dole. 

Secara sejarah, era pentadbiran Perdana Menteri UK, Herbert Henry Asquith dari Parti Liberal yang mula buat skim faedah kepada penganggur pada 1911, untuk mengekang sokongan kelas buruh teramai terhadap Parti Buruh UK.

Orang yang tiada kerja boleh pergi daftar kepada jabatan buruh, dengan memenuhi syarat-syarat yang digariskan, layak mendapat sejumlah duit untuk belanja tiap-tiap bulan.

Dole = Automatic Stabilizer 

Dole ini boleh juga dianggap sebagai automatic stabilizer, di mana pembiayaan Kerajaan bertambah ataupun berkurangan adalah bergantung pada kadar pengangguran meningkat atau menurun - secara automatik.

Dole, juga boleh dianggap sebagai cara Kerajaan meransang ekonomi yang tengah meleset, di mana kalau golongan pengangguran tak ada duit atas sebab tak bekerja, jadi mereka tak boleh berbelanja dalam ekonomi. Ini sekaligus, mengakibatkan kitaran ekonomi juga tak sihat. 

Jadi, dole ini jua boleh dianggap sebagai cara Kerajaan Pusat ‘subsidi’ golongan kapitalis yang sedang menghadapi masalah lambakan produktiviti, yang dianggap berpunca oleh kuasa membeli rakyat teramai (termasuk penganggur) yang tengah lemah. 


JGS ‘Upgrade Sikit’ Daripada Dole  
Dan, kalau nak bincang dalam bahasa mudah, apa benda Job Gurantee Scheme (JGS) atau Skim Jaminan Kerja yang sedang gamat dibincangkan oleh geng Modern Monetary Theory (MMT).

Dalam bahasa mudah, JGS ini ‘upgrade sikit’ berbanding sistem dole yang diceritakan di atas.

Penerima dole yang layak dapat duit daripada kerajaan selama tempoh menganggur, tanpa buat kerja apa. 

Jadi, penerima dole yang memang ada nilai tenaga buruh tapi tak dikerahkan tenaga mereka, seakan terima duit kerajaan ‘buta-buta’.

Sementera JGS, mereka kena sertai program tertentu untuk melayakkan mereka menerima duit atas nilai tenaga buruh mereka.

Kadar upah buruh pun, ditetapkan oleh Kerajaan “secara politik”, RM8 sejam atau RM9 sejam atau RM10 sejam, asalkan peserta JGS ini ada kuasa untuk kekal menjadi buruh dalam sistem pekerjaan sosial itu - maksudnya mereka ada social reproduction

Kalau “secara politik”, ia boleh dinaikkan lagi atau diturunkan, sekali atas maksud mewujudkan social reproduction ini.

Dan, kadar itu lah adalah lantai nilai guna tenaga buruh paling tak produktif yang wajib dinikmati oleh rakyat yang tiada kerja, ke arah mencapai full employment

Payah mana-mana pihak nak bayar di bawah lantai nilai tenaga buruh itu, kerana JGS ini akan menjadi pilihan paling utama golongan menganggur atau tiada kerja dengan gaji mampu hidup wajar. 

Nampak, macam mana keadaan full employment hampir membawa pada reserve army of labour pada landai sifat serta payah nak dimanipulasi oleh mana-mana majikan swasta? 

Lazimnya JGS ini melibatkan penganggur yang hanya ada nilai tenaga buruh paling rendah atau tak produktif atau “tak ada apa-apa kepakaran khusus untuk melakukan kerja khusus”.

Contohnya, kerja bersih sungai atau bersih laut atau tukang sapu sampah di bandar-desa. Tak payah kepakaran, memadai ada kudrat dan masa kerja sahaja.

Kalau ditanya, apa faedah andai Kerajaan Persekutuan buat JGS dengan merekrut golongan penganggur sertai kerja-kerja mudah di atas, antaranya adalah:-
  • Kadar guna tenaga buruh penuh (full employment)
  • Kitaran ekonomi lebih sihat akan mewujudkan kestabilan politik kerajaan sendiri atas sebab lebih ramai rakyat yang sepatutnya tiada pendapatan, boleh pegang duit tunai untuk belanja harian
  • JGS akan jadi resume (atau CV) kepada majikan untuk ambil kerja. Sebab, selalunya kalau lama menganggur, mana-mana majikan pun akan rasa bahawa penganggur tiada nilai tenaga aktif untuk melayakkan mereka kembali bekerja dalam sektor-sektor yang lebih produktif.
  • Mengelak gejala sosial dan jenayah melibatkan penganggur atau mereka yang tiada pendapatan bulanan untuk meneruskan hidup.
  • Mekanisme untuk terapi kepada rakyat memang ada nilai tenaga buruh aktif tapi tak ada kerja untuk mereka meneruskan hidup sebagai pekerja dalam sistem kapitalisme ini (reproduction of labour power)
Kalau tengok faedah di sebalik JGS ini, kita akan melihat tak jauh bezanya dengan faedah Kerajaan UK buat dole dulu.

Sebab itu, awal-awal lagi telah saya sebut, nak mudah faham benda apa Jobs Guarantee Scheme ini, ia adalah ‘upgrade sikit’ daripada sistem dole - ada perbezaan dan ada persamaaan.


Kenapa dunia mulai menerima JGS?

Kira-kira sedekad lalu, dunia memang menentang Skim Jaminan Kerja yang diperkatakan Bill Mitchell, Randall L. Wray, Stephenie Kelton dan ramai lagi ekonomis pro Modern Monetary Theory (MMT).

Awalnya, mereka sangka Skim Jaminan Kerja akan mengganggu kapitalis rentier dalam sektor pembinaan dll, selain menghapuskan tenaga buruh yang boleh dimanipulasi dengan upah buruh murah sebab ramai tiada kerja (reserve army of labour).

Tapi, apabila diteliti, rupa-rupanya kerja-kerja JGS ini langsung tak akan melibatkan bidang pekerjaan profesional ataupun tenaga buruh mahir dan terlatih, sekaligus memang tak akan menjejaskan penglihatan kapitalis rentier swasta dalam sektor pembinaan dll.

Hatta, Marxian Economist seperti Bill Mitchell sendiri pun dijemput oleh bank-bank perdagangan kerana program JGS ini sebenarnya dilihat boleh menjana faedah kepada golongan Kanan dan NeoLiberal secara keseluruhannya dalam sistem ekonomi kapitalisme.


Faedah-Faedah JGS

Sehingga ke hari ini, kita akan tengok jua bahawa skim faedah untuk penganggur ini bukan sahaja pernah dilaksanakan di UK sahaja.

Bahkan, di negara-negara lain seperti Argentina, Australia, Canada, Republik Rakyat China (dasar afimatif di beberapa wilayah autonomi), Kesatuan Eropah (EU), Finland, Perancis, Jerman, Greek, Iceland, Ireland dan ‘negara haram’ Israel turut ada JGS ini.

Ada negara, Kerajaan sendiri secara langsung melaksanakan Skim Faedah Untuk Penganggur ini. Ini, cara bagus!

Dan, ada negara di mana Kerajaan hanya bagi dana kepada pihak bukan kerajaan (private sector) - secara pump priming - untuk melaksanakan projek itu. Ini, cara kurang bagus, sebab senang terdedah pada manipulasi sumber.

Sebab itu, kalau di negara-negara maju, jangan terkejut kalau golongan NeoLiberal pun sokong Skim Jaminan Kerja ini, atas pertimbangan tersendiri seperti:-
  • Paling tidak, mereka yang sertai  JGS ini akhirnya akan menyediakan kelas tenaga buruh ‘rendah’ terlatih juga kepada golongan kapitalis swasta apabila ekonomi negara tak meleset lagi, kelak.
  • Perbelanjaan lebih (defisit spending) oleh kerajaan secara ‘vertical’ - dari atas ke bawah - kepada sektor bukan kerajaan akan melimpah dalam ekonomi, meningkatkan kuasa membeli rakyat agar seimbang dengan kuasa pengeluaran dalam ekonomi negara.
Justeru, kalau dulu Asquith “secara politik” buat dole untuk mengekang sokongan rakyat (terutama golongan menganggur) kepada Parti Buruh UK. 

Pentadbrian Tun Dr Mahathir Mohamad pun memang boleh buat JGS menjelang PRU15 nanti, untuk memadam kebangkitan rakyat teramai dalam menentang dasar-dasar ekonoki NeoLiberal di bawah Kerajaan Persekutuan pada hari ini, antaranya:-
  • Dasar Ekonomi Ikat Perut (Austerity Policy)
  • Defisit fiskal yang kian rendah, melalui pemotongan pembiayaan persekutuan bagi sektor awam (cut spending)
  • Dasar penswastaan (privatisation)
  • Menggadai aset persekutuan kepada kroni kapitalis  rentier swasta konon-konon untuk melangsaikan hutang negara selain mengelak risiko bankrap (Monetary Phobia)
  • Sektor swasta memaju pertumbuhan ekonomi (private sector driven economy) melalui panggilan jargon seperti Program Perkongsian Awam Swasta (PPPP) dan Initiatif Pembiayaan Swasta (PFI), dll
  • Memperkecil (downgrade) projek-projek infrastruktur awam terutama dalam natural monopoly sector seperti jalan/lebuh raya, air, tenaga, telekomunikasi, perumahan rakyat dll.

Apabila melihat faedah-faedah JGS ini sememangnya turut memberi keuntungan politik kepada golongan Kanan ataupun golongan Neoliberal, MMT turut dipertikai kerana banyak memperkatakan peri penting adanya skim sebegitu untuk menangani masalah pengangguran termasuk di negara-negara membangun.


JGS: Di mana untungnya rakyat teramai?

Namun, kalau difikirkan daripada sisi pandai lain, setidak-tidaknya dengan pelaksanaan JGS ini, payah untuk golongan Kanan serta NeoLiberal menggunakan dalih seperti “Karajaan terdedah pada risiko bankrap andai berbelanja defisit dalam skala yang besar hingga berlaku peningkatan hutang negara secara mendadak.”

Ini kerana JGS ini macam automatic stabilizer, pembiayaan kerajaan secara automatik akan semakin bertambah apabila kadar pengangguran meningkat tinggi ketika ekonomi negara kian meleset.

Jadi, selepas JGS diterima sebagai program fiskal tetap bagi sesebuah negara, tidak kira di bawah pemerintah berideologi Neoliberal hatta sosial demokrat, semua pihak akan melihat bahawa dasar penswastaan yang semalam ini dilaksanakan sebenar-benarnya  bukanlah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, sebaliknya untuk menguntungkan kroni kapitalis rentier swasta mesra rejim pemerintah semata-mata.

Jadi, kalau diukur daripada kesan “jangka pendek”, rakyat teramai terutama golongan penganggur tidak akan dilanyak dalam sistem kapitalisme.

Kesan “jangka panjang” pula, JGS ini akan mendedah wajah jahat sebenar ekonomis serta ahli politik penganut ekonomi NeoLiberal dan golongan kapitalis rentier swasta. Win!


Konteks Malaysia...

Cuba lihat corak pentadbiran Lim Guan Eng (dulu Ketua Menteri Pulau Pinang, kini Menteri Kewangan) melaksanakan Agenda Ekonomi Saksama (AES) dengan mencukupkan pendapatan patut ada bagi isi rumah rakyat, iaitu RM790 sebulan. 

Berapa duit yang tak cukup, Kerajaan Negeri akan top up sampai cukup RM790 sebulan untuk keluarga yang layak.

Sekali tengok, macam dole system pun ada, asal memenuhi syarat sebagai penerima, Kerajaan akan salur sumbangan duit tanpa perlu buat kerja.

Kalau tengok daripada segi lain, semacam manifestasi pada polisi global iaitu Universal Basic Income (UBI) pun ada.

Tak kisah lah skim pemberian sumbangan itu mirip dole atau UBI, fungsinya mirip automatic stabilizer. Paling penting, rakyat untung sebab ada polisi sebegini. 

Cuba cermati pula corak polisi ransangan ekonomi yang dibuat oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sebelum PRU14, Najib yang pernah berkata “Cash Is King” dituduh cuba rasuah rakyat teramai, walhal pemberian secara ‘one-off’ turut dibuat oleh Lim Guan Eng kepada warga emas, OKU, ibu tinggal, suri rumah sepenuh masa, pelajar, mahasiswa, bayi baru lahir, waris warga emas meninggal dunia dll. 

Pasca PRU14 - 9 Mei 2018 - menyaksikan pentadbiran Dr Mahathir terpaksa meneruskan polisi ala BR1M dengan nama baru, iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH) dll. 

Walaupun Dr Mahathir cuba menggambarkan Kerajaan tengah ada kekangan kewangan - ada risiko bankrap - tapi pemberian ala BR1M itu diteruskan.

Ertinya, polisi fiskal pro rakyat, kalau tak bergerak pada tahap progresif serta menguntungkan rakyat iaitu dengan pelaksanaan Skim Jaminan Kerja, pertukaran rejim pemerintahan memaksa polisi yang telah sedia ada dikekalkan. Ini, progresif!

Pasca PRU15, andai Kerajaan Persekutuan berpindah tangan lagi, lalu ada komitmen untuk melaksanakan JGS ini, sistem sokongan rakyat khususnya Kelas B40 akan terus bergerak pada tahap yang lebih progresif lagi, serta payah untuk regresif. Ini, bagus!


Kesimpulan: JGS bukan segala-galanya

Walaupun JGS ini nampak sangat pro golongan penganggur dan orang susah, namun, untuk menjana pertumbuhan ekonomi secara sihat tak boleh bergantung pada skim itu sahaja.

Untuk melahirkan kelas buruh mahir pun, tidak boleh wujud melalui skim ini.

Ambil contoh kerja bersih laut umpamanya, walaupun pembiayaan persekutuan berlaku dalam ekonomi, pertumbuhan ekonomi dalam sekala yang besar dan sihat tak berlaku.

Tambah-tambah negara membangun seperti Malaysia, memang tak memadai kalau Kerajaan hanya ada JGS untuk mewujudkan kapasiti pengeluaran yang besar dalam ekonomi.

Kena ada peogram fiskal lain seperti memperbanyak projek rel awam ala MRT1 dan Rumah Mampu Sewa Selesa (luas lantai minimum 1,000 kaki persegi tapi kadar sewa maksimum serendah RM300 sebulan).

Program fiskal sebegini memamg memerlukan tenaga buruh terlatih dan khusus dalam pelbagai bidang profesional secara khusus.

Dan selepas dua projek persekutuan tersebut kelak, memang akan meningkatkan kualiti hidup rakyat teramai berbanding sistem sosial sebelum itu. 

Mereka (termasuk peserta JGS yang ada nilai tenaga buruh aktif) tidak kira lah melibatkan sebagai tenaga buruh terlatih dalam sektor produktif negara tersebut; ataupun yang enjoy dengan kemudahan yang disediakan oleh rakyat.

Skim Jaminan Kerja, akan jadi salah satu polisi fiskal kita untuk lawan dasar ekonomi NeoLiberal di PRU15, setuju?

END 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus