08 September 2018

Perihal Rizab Bank





Wang Rizab = Mata wang dalam Edaran + Rizab Berkanun + Lebihan Rizab

Mata wang dalam Edaran merujuk kepada wang kertas dan duit syiling yang dikeluarkan oleh BNM ditolak jumlah yang dipegang oleh institusi perbankan.

Rizab Berkanun merujuk kepada jumlah rizab yang disimpan oleh institusi perbankan (kecuali syarikat diskaun) dengan BNM sebagai mematuhi Keperluan Rizab Berkanun (SRR) yang telah ditetapkan. 

Institusi perbankan dikehendaki menyimpan dengan BNM jumlah rizab yang bersamaan dengan nisbah keperluan rizab berkanun yang didarab dengan tanggungan layak.

Lebihan Rizab merujuk kepada mata wang yang dipegang oleh institusi perbankan dan akaun semasa (termasuk akaun semasa Skim Perbankan Islam atau SPI) yang disimpan oleh institusi perbankan dengan BNM.

Deposit yang Disimpan oleh Sektor Swasta. Deposit ini tidak termasuk dalam definisi wang rizab sejak 1 April 1997, yang merujuk kepada deposit permintaan dan deposit tetap yang disimpan oleh institusi kewangan yang lain dan agensi awam seperti Pihak Berkuasa Awam Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain. Bagi melaksanakan sebahagian daripada peranan sebagai jurubank kepada Kerajaan, BNM telah menyediakan perkhidmatan perbankan runcit (menerima deposit dan menyediakan perkhidmatan sama yang kebiasaannya dijalankan oleh bank perdagangan untuk pelanggan mereka) kepada institusi kewangan lain dan badan berkanun lain. Walau bagaimanapun, berkuat kuasa 1 April 1997, BNM telah tidak lagi menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

Faktor-faktor Mempengaruhi Wang Rizab = Tuntutan Bersih ke atas Kerajaan + Tuntutan ke atas Sektor Swasta + Operasi Luar + Pengaruh Lain

Tuntutan Bersih ke atas Kerajaan = Tuntutan ke atas Kerajaan - Deposit Kerajaan

Tuntutan ke atas Kerajaan merujuk kepada pemegangan instrumen hutang Kerajaan oleh BNM (Sekuriti Kerajaan Malaysia, Bil Perbendaharaan dan Terbitan Pelaburan Kerajaan).

Deposit Kerajaan merujuk kepada deposit yang disimpan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri dengan BNM. Walau bagaimanapun, Kerajaan-kerajaan negeri tidak lagi menyimpan deposit dengan BNM sejak April 1997.

Tuntutan ke atas Sektor Swasta merujuk kepada sumbangan BNM kepada tabung-tabung khas, serta pinjaman dan pendahuluan kepada institusi-institusi kewangan bukan bank.

Operasi Luar merujuk kepada rizab antarabangsa bersih BNM. Rizab Antarabangsa Bersih BNM = Aset Luar BNM - Liabiliti Luar BNM

Aset Luar BNM merujuk kepada pegangan emas dan pertukaran asing oleh BNM, milikan Hak Pengeluaran Khas dan kedudukan rizab BNM dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Liabiliti Luar BNM merujuk kepada deposit yang disimpan dengan BNM oleh bank-bank pusat lain dan organisasi antarabangsa.

Pengaruh Lain ialah semua aset dan liabiliti dalam kunci kira-kira BNM yang belum diambil kira dalam mana-mana kategori di atas. Antaranya ialah modal dan rizab BNM, pendapatan bersih BNM dan deposit pasaran wang institusi perbankan dengan BNM.

Agregat Kewangan: M1, M2 dan M3

M1 = Mata wang dalam Edaran + Deposit Permintaan
Mata wang dalam Edaran merujuk kepada wang kertas dan duit syiling yang dikeluarkan oleh BNM ditolak jumlah yang dipegang oleh bank perdagangan dan bank-bank Islam.

Deposit Permintaan merujuk kepada akaun semasa (termasuk akaun semasa SPI) sektor swasta bukan bank dan bank pelaburan (sebelum tahun 2006, termasuk syarikat kewangan, bank saudagar dan syarikat diskaun) yang disimpan dengan bank perdagangan dan bank-bank Islam.

M2 = M1 + Separuh Wang Secara Kecil

Separuh Wang Secara Kecil = Deposit Tabungan + Deposit Tetap + NID + Repo + Deposit Mata wang Asing

Separuh Wang Secara Kecil merujuk kepada jumlah deposit/ instrumen yang memberikan pulangan faedah (termasuk deposit dan instrumen SPI) yang disimpan oleh sektor swasta bukan bank dengan bank perdagangan dan bank Islam (tidak termasuk simpanan antara institusi perbankan ini). Deposit mata wang asing ialah deposit dalam mata wang asing yang disimpan oleh pemastautin (bukan bank) dan entiti asing dengan bank perdagangan dan bank-bank Islam.

M3 = M2 + Deposit Yang Disimpan dengan Institusi Perbankan Lain

Deposit Yang Disimpan dengan Institusi Perbankan Lain merujuk kepada jumlah deposit/instrumen yang memberikan pulangan faedah (termasuk deposit dan instrumen SPI) yang disimpan oleh sektor swasta bukan bank dengan bank pelaburan (tidak termasuk simpanan antara institusi perbankan tersebut).

Wang Secara Luas, M3

Baki Urus Niaga = Mata wang dalam Edaran + Deposit Permintaan

Mata wang dalam Edaran merujuk kepada wang kertas dan duit syiling yang dikeluarkan oleh BNM ditolak jumlah wang kertas dan syiling yang dipegang oleh institusi perbankan.

Deposit Permintaan merujuk kepada akaun semasa (termasuk akaun semasa SPI) sektor swasta bukan bank yang disimpan dengan bank perdagangan dan bank-bank Islam. Juga termasuk wang panggilan yang disimpan dengan bank pelaburan.

Separuh Wang Secara Luas = Deposit Tabungan + Deposit Tetap + NID + Repo + Deposit Mata wang Asing
Separuh Wang Secara Luas merujuk kepada jumlah deposit/ instrumen (termasuk deposit dan instrumen SPI) yang memberikan pulangan faedah yang disimpan oleh sektor swasta bukan bank dengan institusi perbankan (tidak termasuk simpanan antara institusi tersebut). Deposit mata wang asing ialah deposit dalam mata wang asing yang disimpan oleh pemastautin (bukan bank) dan entiti asing dengan bank perdagangan, bank-bank Islam dan bank pelaburan.

Faktor Penentu M3

Faktor Penentu M3 = Tuntutan Bersih ke atas Kerajaan + Tuntutan ke atas Sektor Swasta + Operasi Luar Bersih + Pengaruh Lain

Tuntutan Bersih ke atas Kerajaan = Tuntutan ke atas Kerajaan – Deposit Kerajaan

Tuntutan ke atas Kerajaan merujuk kepada pegangan instrumen hutang Kerajaan Persekutuan (Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), Bil Perbendaharaan dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII), dan pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri oleh BNM dan institusi perbankan.

Deposit Kerajaan merujuk kepada deposit yang disimpan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan BNM dan institusi perbankan. Walau bagaimanapun, Kerajaan-kerajaan negeri tidak lagi menyimpan deposit dengan BNM sejak April 1997.

Tuntutan ke atas Sektor Swasta = Pinjaman + Sekuriti
Pinjaman merujuk kepada jumlah pinjaman dan pendahuluan (termasuk pinjaman yang djual kepada Cagamas dengan rekursa, mulai Disember 1996) yang diberikan oleh BNM dan institusi perbankan kepada sektor swasta bukan bank.

Sekuriti merujuk kepada pemegangan sekuriti hutang swasta (nota dan bon), nota dan bon Cagamas, stok dan saham oleh institusi perbankan

Operasi Luar Bersih = Rizab Antarabangsa Bersih BNM + Aset Luar Bersih Sistem Perbankan

Aset Luar Bersih Sistem Perbankan merujuk kepada aset luar institusi perbankan ditolak liabiliti luar institusi perbankan. Deposit oleh bukan pemastautin tidak dimasukkan dalam klasifikasi ini kerana deposit ini diklasifikasikan di bawah pelbagai komponen bekalan wang seperti deposit permintaan, deposit tetap dan deposit mata wang asing.

Pengaruh Lain merujuk kepada semua aset dan liabiliti lain dalam kunci kira-kira BNM dan institusi perbankan yang belum diambil kira dalam mana-mana kategori di atas. Antara kategori utama ialah modal berbayar dan rizab, keuntungan atau kerugian BNM serta institusi perbankan dan peruntukan bagi hutang lapuk dan ragu.


Sumber Asal: BNM 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus