26 September 2018

Levi buruh asing, komen ringkas saya...




SEHINGGA malam, 26 September 2018, rata-rata natizen memberi pelbagai komentar kritis di Facebook  mengenai isu kenaan levi buruh asing.

Saya tak fikir peluang pekerjaan akan terbuka mewah untuk warganegara.

Ambilan warga asing bekerja di tanah air Malaysia adalah dengan upah buruh yang murah, kalau kerja kilang, kurang daripada RM1K sebulan.

Kita andaikan mereka meninggalkan negara ini ekoran beban levi buruh asing RM10K ini turut tidak dipikul oleh majikan bertaraf warganegara.

Kalau dalam konteks kilang, memang peluang kerja kosong wujud sebab buruh asing balik ke negara mereka.

Tapi, adakah graduan dan golongan menganggur sanggup bersetuju kerja dengan upah murah? 

Sangkaan tanpa asas saya begini, jumlah PATI akan meningkat, begitu juga aktiviti rasuah untuk memastikan kelangsungan sistem upah buruh murah membabit PATI ini akan kian melebar.

Patut ada jalan keluar, iaitu polisi fiskal yang lebih progresif. 

Ketika ekonomi meleset, kadar pengangguran babit warganegara, Kerajaan Persekutuan pada meningkatkan perbekalan belanja dengan mewujudkan Job Guarantee Scheme (JGS).

Di bawah JGS ini diikat nilai RM berbanding tenaga buruh per jam bekerja adalah RM10 sejam, maka gaji minimum RM1,600 sebulan.

RM10 x 8 jam (sehari) x 20 hari (sebulan)

Contohnya Tadika Swasta Zainulfaqar mampu bayar RM1000 sebulan, dalam tempoh 3 tahun Kerajaan tiap-tiap bulan top up RM600 lagi kerana cikgu ikut JGS persekutuan.

Dalam tempuh JGS ini, semua akan pikiaq, “baik aku ikut program JSC ini,” sehingga tak ada lagi yang nak bekerja dengan gaji dibawah RM10 sejam.

Lanjutan itu, dengan regulasi undang-undang buruh + Akta Francais dll, akhirnya di kilang pun terpaksa tawar RM1,600 minimum baru ada warganegara nak kerja di sana.

Ketika itu, warganegara mungkin akan mengisi tempat yang dikosongkan oleh warga asing di kilang tersebut, sebab gaji yang lebih bagus. 

Fahamnya di sini, Gaji Minimim RM1,600 tak boleh wujud dengan sendirinya dengan kenyataan politiking Menteri, mesti ada “support system” secara real material seperti Job Guarantee Scheme ini.

Levi Buruh Asing ini akan gagal, kerana tiada support system yang real material, walaupun Fed Govt mungkin sasar dapat jana hasil tambahan untuk tambung kehilangan sumber sebab mansuh GST sebelum ini. 

LOL

1 comment:

  1. We Neftegaz Energy Consultant, Saat ini bekerja sebagai mandat untuk Kilang Rusia yang mengikuti produk Petroleum di Rotterdam dan Rusia untuk pengangkatan mendesak.
    Kami memiliki JP54, D6, D2, A1. tentang CI Dip dan Pay.
    Jika Anda tertarik hubungi kami untuk SCO.

    Salam
    IGOR Vladislavic

    Email: neftgazenergyagent@mail.ru

    ReplyDelete

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus