05 September 2018

HSR tangguh tanpa bayar pampasan, Menteri Singapura nafi ulasan Azmin Ali


AZMIN Ali.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob

JURUCAKAP Kementerian Pengangkutan Singapura dalam satu reaksi rasmi semalam memaklumkan bahawa pihaknya masih berbincang mengenai status pelaksanaan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura - Kuala Lumpur, dengan Kerajaan Malaysia, lapor portal berita The Straits Times pada 4 September 2018.

Menurut sumber, respons itu susulan Menteri Ekonomi Malaysia Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan berkata bahawa perjanjian bersama telahpun dicapai, iaitu HSR ditangguhkan tanpa sebarang pampasan daripada pihak Kerajaan Malaysia.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan Singapura berkata perbincangan masih dijalankan.

"Malaysia dan Singapura masih perbincangan mengenai permintaan Malaysia untuk menangguhkan projek Rel Kelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura,” jelasnya.

“Kami (Singapura) berharap dapat kata sepakat secara bersama tidak lama lagi,” jelasnya lagi.

23 Ogos 2018 lalu, Azmin bertandang ke Singapura, saling berbincang mengenai status HSR, dengan Menteri Penyelaras Infrastruktur dan Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan.

"Kami sepatutnya dapat mengumumkan keputusan bersama kami di RTS (Rapid Transit System) dan HSR tidak lama lagi," kata Boon Wan menerusi Facebook pada 30 Ogos 2018 lalu, sambil merujuk juga pada projek RTS Johor Bharu - Woodlands.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus