18 September 2018

Guan Eng, rakyat bukan nak tahu pun naik turun saham di Bursa Malaysia. Kenapa?



ALHAMDULILLAH 12.36 pagi selamat sampai ke Kampung Siam, Pulau Pinang. 

Perjalanan dari Baling dekat Kedah sejauh 46 kilometer (km), kira sejam juga perjalanan. 

Memandu tak boleh laju, 60 km/j sahaja, kerana hujan terlalu lebat berlawan dengan angin yang agak kencang.

Sambil memandu, dengan isteri terlena di kerusi sebelah sementara anak dara #InsyirahSolehah terlentang tidur di kerusi belakang, memang ada saya memikirkan sesuai.

Saya memikirkan mengenai apa yang saya akan dapat daripada Bajet 2019 Persekutuan yang bakal dibentangkan oleh pentadbrian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad?

Kerana saya, isteri dan anak adalah pengunjung Klinik Kesihatan 1Malaysia di Jalan Baru Seberang Jaya, tentulah saya nak tahu akan wujud lagikah caj semurah RM1 untuk satu sesi rawatan sakit demam selepas ini? 

Saya ingat, rakyat awam yang lain pun memikirkan apa faedah yang akan mereka dapat dalam belanjawan tahunan negara, kelak?

Kalau nelayan, peladang, petani, nelayan, usahawan kecil dan sederhana (IKS), masing-masing berfikir - ada lagilah subsidi daripada Kerajaan?

Bagi penerima BR1M yang asal lebih 7 juta orang, walaupun baru-baru ini dikurangkan 3 juta orang, mereka juga akan bertanya soalan yang hampir sama - di bawah Kerajaan Pakatan Harapan Persekutuan, adalah masing-masing masih layak menerima sumbangan Bantuan Sara Diri?

Salah satu kaedah nak analisis satu-satu belanjawan negara adalah dengan tengok apa faedah yang rakyat dapat daripada satu-satu program belanja - tidak kira perbelanjaan pembangunan mahupun perbelanjaan pengurusan (fiskal).

Saya sebut semua benda ini supaya Menteri Kewangan Malaysia, Sdr Lim Guan Eng tahu bahawa tiada faedahnya didalih Ekonomi Malaysia kukuh, berdaya tahan, andai belanjawan tahunan 2019 lebih pada memotong peruntukan itu dan ini atas dalih Kerajaan Persekutuan ada kekangan kewangan disebabkan hutang kerajaan lebih RM1 trilion.

Rakyat, secara umum bukan nak tahu pun nilai ringgit jatuh sebab perang tarif Amerika Serikat - China; turun naik saham dan sebagainya.

Mereka nak tahu gaji mereka boleh tak minimum RM1,500 sebulan? 

Barang makan harian boleh dapat tak dengan harga yang lebih murah? 

Bonus raya, sebulan gaji atau kurang daripada kadar terdahulu RM400?

Macam mana kaedah Menteri Kewangan nak cari hasil tambahan melalui SST 2.0, kerana Kerajaan dianggarkan hilang lebih RM20 bilion kerana memansuhkan GST, rakyat tidak berminat untuk tahu.

Ini, semacam rakyat
nak guna tandas dan
mereka nak tengok
tandas bersih sahaja.
Macam mana kaedah
tukang cuci mencuci tandas,
rakyat tak berminat 
untuk tahu. Sabun jenama apa
yang digunakan untuk
cuci tandas sampai
begitu bersih pun,
rakyat tak berminat 
pun untuk tahu...


Bayangkan!

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus