Tujuan asal kenaan cukai antaranya adalah untuk merapatkan jurang sosial antara 1% golongan terkaya dan 99% rakyat terbanyak terutama fakir miskin.
Kalau kita anggap tujuan kenaan cukai adalah untuk menggandakan hasil kerajaan semata-mata, faham itu adalah salah dan terpesong.
Sebab itu, sebelum PRU14 lagi, saya menyokong usaha memansuhkan GST, kerana sistem cukai regresif itu turut membebankan 99% rakyat terbanyak terutama golongan fakir dan miskin.
Kalau penasihat kepada MoF ini bukanlah golongan liberal abstrak ataupun ekonomis neoliberal, dia patut mencadangkan sistem cukai yang lebih progresif membabitkan 1% golongan terkaya, seperti Cukai Simpanan Korporat (naikkan lagi kadar %), Cukai Pegangan Saham, Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT), Land Value Taxes (LVT), Cukai Atas Hartanah Pusaka, Cukai Keuntungan Modal Tambahan dll.
Kalau dia lagi progresif, dia akan syorkan Kerajaan Pusat sendiri melalui GLC melaksanakan Program Perumahan Mampu Sewa Selesa umpamanya secara besar-besaran (industrialization capitalism), maka secara langsung lebih banyak lagi hasil cukai boleh dikutip melalui projek-projek sebegini.
Sebab itu lah dalam bab #SectoralBalances, deficit spending Fed Govt. adalah net savings duit ringgit dalam ekonomi.
Kalau Kerajaan Pusat atas nama “takut negara nak bankrap sebab hutang cecah RM1 trilion” ikat perbelanjaan secara tak munasabah, macam mana ekonomi negara dan ekonomi rakyat yang bertumbuh secara sihat?
Kalau Kerajaan Pusat nak laksanakan dasar neoliberal (contoh cadangan MOF nak buat Proton 3.0 melalui model kewangan kapitalis swasta a.k.a PPP), sebenarnya bukan saiz ekonomi akan berkembang, sebaliknya jumlah hutang isi rumah rakyat sahaja akan meningkat disebabkan syarat pinjaman daripada institusi kewangan longgar untuk memelihara kepentingan kapitalis spekulatif swasta.
Kalau Fed Govt terus amal dasar ekonomi ikat perut (#AusterityPolicy) tapi nak gandakan kutipan hasil cukai, langkah konservatif itu hanya akan memburukkan lagi keadaan sedia ada ekonomi rakyat yang tengah “tak sihat” semata-mata, seumpama habitat ikan memang tengah sesak nafas sebab air kolam yang sedikit, dikeluarkan lagi air yang sedikit dari kolam itu.
Bayangkan!
No comments:
Post a Comment