14 July 2018

Parti Hilang Deposit berjaya realisasikan idea Tabung Pemberhentian Pekerja


SEBELUM sesi pagi hari kedua persidangan Kongres PSM Ke-20 di Ipoh pada 14 Julai 2018.



SEMUA perwakilan Konges Parti Sosialis Malaysia (PSM) Ke-20 di Ipoh, Perak pada pagi ini masing-masing menerima hakikat bahawa mereka gagal membaca mood perubahan sebenar rakyat terbanyak pada PRU14 lepas.


Perwakilan Unit Semenyeh, Nik Aziz Afiq berkata, “selama ini kita dituduh sebagai ‘parti pecah undi’ oleh rakan strategik kita (iaitu Pakatan Harapan), akhirnya kita berjaya membuktikan bahawa PSM adalah ‘parti hilang deposit’.”



NIK Aziz Afiq (kiri) bersama-sama Pengerusi PSM Dr. Nasir Hashim.



Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, PSM tewas di semua lima kerusi Parlimen dan 14 kerusi ADUN yang ditandingi.


Rakyat menolak UMNO Barisan Nasional di bawah rejim kleptokrasi Datuk Seri Najib Tun Razak, memilih Pakatan Harapan, tetapi langsung tidak menyumbang pada kemenangan pada mana-mana kerusi yang PSM tanding.


Setiausaha Agung PSM ketika membentangkan laporan kesetiaushaaan parti menjelaskan ada 18 sukses yang berjaya dicapai oleh parti sepanjang tahun 2017.


Antaranya, menurut Sivarajan Arumugam, adalah desakan SPM berjaya mendesak pihak Kerajaan Persekutuan sendiri membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Skim Insurans Pekerja (SIP) dalam persidangan Dewan Rakyat pada Oktober 2017 lalu.


Menurut Sivarajan, SIP akan membolehkan buruh yang disingkirkan kerja, mendapat sejumlah bantuan kewangan sara hidup dalam satu tempoh tertentu.


“Pelaksanaan SIP merupakan satu kejayaan kempen PSM yang senantiasa terpahat dalam sejarah perjuangan warga pekerja,” jelas Sivarajan di Dewan Tokong Tow Boh Keong, Ipoh, iaitu tempat berlangsungnya kongres tahunan parti sehingga petang esok (14 Julai 2018). 



Di meja perwakilan, Aduka Taruna (atas) atau nama sebenarnya Khairul Nizam dari Kelantan memberitahu Kerajaan Persekutuan SIP ini diangkat kerana membabitkan rakyat terbanyak.

“SIP ini membabitkan kepentingan kira-kira 14 juta rakyat Malaysia atau kaum pekerja, sebab itu PSM ini walaupun parti nyamuk, tapi idea real material ini adalah membabitkan  kepentingan rakyat terbanyak,” jelasnya Aduka Taruna, Ketua Biro Pantai Timur.


Aduka, adalah calon PSM yang tewas bertanding di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Kota Lama, Kelantan.


Akhirnya, “Parti Hilang Deposit” berjaya juga membela nasib pekerja, apabila di portal rasmi PERKESO sendiri memaparkan Sistem insurans pekerjaan mula 2018.





No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus