15 July 2018

Pakatan Harapan terus galak wanita P.Pinang ceburi e-dagang, kata Chong Eng


CHONG Eng (duduk depan, empat dari kiri) merakamkan gambar kenang-kenangan bersama peserta Bengkel E-Dagang di Politeknik SPS, tadi. 


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


SEBERANG JAYA - Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang akan terus memberi sokongan dan galakan kepada usahawan wanita di negeri ini untuk menceburi dunia perniagaan secara atas talian (e-commerce).


Exco Pembangunan Wanita & Keluarga, Keterangkuman Gander dan Agama Selain Islam, Chong Eng berkata demikian dalam Bengkel E-Commerce yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai Tengah di sini pada pagi 15 Julai tadi.


“Pada tahun 2017 yang lalu, Program Pemerkasaan Ekonomi Wanita, PWDC (Perbadanan Pembangunan Wanita) telah mengadakan program e-Rezeki dengan  kerjasama MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Sdn Bhd).


“Tujuan penganjuran program ini untuk memberi pendedahan dan membuka peluang kepada penduduk Pulau Pinang khususnya penduduk Seberang Perai untuk memasarkan produk serta servis mereka melalui platform elektronik,” jelas Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang. 


Difahamkan bengkel e-commerce kali kedua ini yang disertai lebih 40 usahawan wanita muda ini dianjurkan oleh PWDC bersama-sama agensi negeri, Pusat Pembangunan Kamahiran Pulau Pinang (PSDC).


Jurulatih dari Grace World Network, Grace Yeow dan Nic Sim (jurulatih dari RedBox Studio) yang mengenali bengkel e-dagang tersebut.


Kini, direkodkan sejumlah 20.6 peratus daripada usahawan kecil dan sederhana di Malaysia adalah dari golongan wanita, dengan kira-kira 22 juta pengguna internet di negara ini adalah penyumbang terbesar dalam dunia e-dagang.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus