14 July 2018

Kenapa Kerajaan suka swastakan projek hartanah persekutuan?


GAMBAR hiasan.


Pagi ini saya terbanyak 2 pekerja maut, operasi di tapak pembinaan dihentikan.

Agak-agak kita kalau projek ini dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, boleh tak Menteri Sumber Manusia pada 13 Julai 2018 berdalih kerja-kerja di tapak projek pembinaan dihentikan serta-merta sahaja? 

Jawapannya tentu tidak patut kerana rakyat terbanyak akan menghukum Kerajaan hanya pandai kutip cukai itu dan ini, tetapi pada masa yang sama Menteri semacam lepas tangan dalam projek persekutuan sendiri.

Lain lah kalau kecelakaan seumpama ini terjadi di tapak projek pemajuan syarikat swasta, maka, bolehlah seorang wakil Kerajaan bertindak lepas tangan.

Jika difahami birokrasi ekonomi neoliberal ini, secara dialektik materialisme kita akan faham akar punca sebenar mengapa Kerajaan lebih suka dasar penswastaan dalam semua projek hartanah dan tanah di Malaysia.

Semacam malam tadi, Menteri M Kulasegaran berdalih, enam pekerja sedang menjalankan aktiviti kerja konkrit di tingkat 15 bangunan terbabit sebelum ‘slab’ konkrit dan struktur bentuk kerja runtuh dalam kejadian 2 pagi itu.

"Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur," katanya dalam portal berita Malaysiakini.com




No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus