14 July 2018

Isu popular tapi mesti analisis kiri, respons kepada Nurhayyu


NURHAYYU Zainal sangat faminis, banyak meluangkan masa lapang dalam aktiviti seni jalanan anak muda serta menyokong semua culture revolution di Pulau Pinang. 


CUKUP panas sesi perbentangan tengah hari ini!

Nurhayyu Zainal, perwakilan Unit Bayan Baru Pulau Pinang yang mengendali wacana Pasca PRU14, Menilai Semula Struktur & Gerak Kerja Parti Jika Ingin Kekal Relevan Dalam Arena Pilihan Raya.

AJK Pusat, A Arulchelvan dan Soh Sook Hwa (Bendahari Agung PSM) membentangkan kertas kerja masing-masing dalam sesi panas tersebut.

Nurhayyu berkata, “PSM semacam parti syok sendiri, begitu banyak urus kempen membina kuasa rakyat, tetapi masih tewas di semua kerusi yang ditandingi pada PRU14.”

Riuh-rendah perwakilan menyorok. Ada yang membantah dan ada juga yang menyokong. 

Sangat menarik ulasan Sook Hwa, “kita (PSM) perlu ambil bahagian dalam isu popular, tetapi dengan analisis kiri.”


SOH Sook Hwa adalah aktivis mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) yang mula-mula mencabar Syeksen 15 Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) di Mahkamah pada tahun 2004 dulu. Ini sejarah besar gerakan mahasiswa Malaysia!


Ramai memuji Sook Hwa. Pemimpin muda itu mencadangkan PSM menyaring isu-isu popular yang membabitkan sekurang-kurangnya 30% rakyat terbanyak di tanah air ini.

“Kita bukan sahaja menyentuh isu B40 (iaitu mereka yang berpendapatan isi rumah RM3,900 sebulan dan ke bawah), malah isu  (berkaitan kepentingan) M40 (antara RM3,860 dan RM8,319 sebulan),” jelas Sooh Sok Hwa.


(Dari kiri) ARAFAS A Razak (tengah) di kerusi perwakilan Kongres PSM Ke-20 di Ipoh, bersama-sama ‘YB’ Teh Yee Cheu (bekas ADUN Tanjung Bunga merangkap Pengerusi Penaja PSM Unit Jelutong, Pulau Pinang) dan seorang komrad lain.


Menurut Arafas, seorang peguam dan aktivis kiri, Corbyn kata jika dipilih, pentadbirannya berhasrat untuk membina sejuta Rumah Mampu Sewa Selesa. 

Berjumpa pengundi muda terutama di Universiti, Corbyn menyuruh mereka belajar bersungguh-sungguh kerana “Program Sejuta Rumah Mampu Sewa Selesa” ini memerlukan jurutera, juru perunding, operator dan buruh terlatih yang ramai.

Katanya lagi, UK memang menghadapi #OverProduction iaitu suatu keadaan unit kediaman yang siap dihina oleh pihak swasta atau kediaman tak berpenghuni bukanlah melebihi permintaan rakyat, tapi tidak mampu didiami oleh rakyat tak berkediaman.

“Dia (Corbyn) paling bimbang sekiranya UK tidak ada buruh mahir, teknologi, simen, batu, besi dan tanah. Corbyn merancang tubuh National Investment Bank untuk fasilitasi projek-projek pembangunan negara.

“Apabila dia ada menyebut bab nak tubuh National Investment Bank untuk Kerajaan sendiri menjana pertumbuhan ekonomi negara, dia faham perundangan dan duit ini bukan kekangan utama apabila menjadi kerajaan nanti,” jelas seorang pemerhati kongres lain.

Menurutnya, isu popular ialah sesuatu isu material yang menguntungkan rakyat terbanyak.

“Dakyah ‘Malaysia akan bankrap’ adalah contoh isu yang populis, selepas itu rakyat terbanyak yang terima padah apabila Kerajaan Persekutuan amal cut spending dan austerity policy (dasar ekonomi ‘ikat perut’) yang terang-terang ikat perut rakyat,” jelasnya lagi. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus